Home / Viral / Bekas Adun Rembia meninggal dunia

Bekas Adun Rembia meninggal dunia

Melaka: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Datuk Norpipah Abdol meninggal dunia hari ini.

Allahyarham yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Kesihatan Melaka menghembuskan nafas terakhir di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya pada 3.42 pagi hari ini pada usia 68 tahun.

Adun Asahan Fairul Nizam Roslan ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Allahyarham meninggal dunia di IKN pada jam 3.42 pagi tadi.

“Arwah sebelum ini menderita barah dan turut disahkan positif Covid-19 ketika menerima rawatan di sana,” katanya.

Menurutnya, jenazah akan dibawa pulang ke Melaka 11.30 pagi ini sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan, Alor Gajah.

“Solat jenazah ghaib akan dilakukan di Surau Al Huda Taman Sri Pengkalan,” katanya yang turut memuat naik hantaran di Facebook.

Untuk rekod Norpipah adalah Adun Rembia selama tiga penggal sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, namun digugurkan pada Pilihan Raya Negeri Melaka ke-15.

Sepanjang pembabitannya dalam politik beliau pernah menyandang jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Alor Gajah dan Ketua Penerangan Wanita Umno Negeri Melaka.

sumber :my metro

About admin2

Check Also

Heboh harga mi segera n4ik tiga kali ganda

JAKARTA: Pengarah PT Indofood. Sukses Makmur, Franciscus Welirang menafikan berita mengenai harga mi segera keluaran syarikatnya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.