Home / Semasa / ‘Ini Satu Keperluan’ – CEO Pfizer Beri Bayangan Bakal Ada Suntikan DOS Keempat Covid-19

‘Ini Satu Keperluan’ – CEO Pfizer Beri Bayangan Bakal Ada Suntikan DOS Keempat Covid-19

Dos keempat vaksin COVID-19 diperlukan untuk mengekalkan tahap kemasukan pesakit ke hospital dan jangkitan ringan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Albert Bourla yang memberitahu CBS dalam salah satu rancangan “Face the Nation” pada hari Ahad lalu.

 

Walaupun dos keempat sudah dibenarkan untuk beberapa orang yang mengalami masalah gangguan imun, pengarah NIAID Anthony Fauci berkata bulan lalu bahawa kemungkinan suntikan satu lagi dos penggalak kepada orang ramai sedang “dipantau dengan sangat teliti.”

 

Bourla dalam temuramahnya berkata kemungkinan dos penggalak COVID-19 boleh menjadi acaran tahunan, sama seperti rawatan penyakit yang lain.

 

“[Pelbagai jenis] varian akan datang dan Omicron adalah yang satu-satunya…tetapi kami juga tahu bahawa tempoh perlindungan tidak bertahan lama,” katanya.

 

“Jadi apa yang kami cuba lakukan, dan kami sedang berusaha dengan sangat gigih sekarang, ia adalah untuk membuat bukan sahaja vaksin yang akan melindungi daripada semua varian, termasuk Omicron, tetapi juga sesuatu yang boleh melindungi sekurang-kurangnya setahun.”

 

“Ini satu keperluan,” katanya apabila ditanya oleh Margaret Brennan sama ada dos keempat – suntikan penggalak kedua – akan diperlukan.

 

Tambah beliau lagi, perlindungan daripada dos ketiga adalah “agak baik” selepas mengambil kira jumlah kes kemasukan ke hospital dan kematian, namun kurang berkesan terhadap kes jangkitan, katanya, sambil menambah bahawa ini kerana “ia tidak bertahan lama.”

 

Pengambilan vaksin setahun sekali lebih baik berbanding suntikan ‘booster’, kata CEO Pfizer. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

 

Kredit : Vocket

About admin2

Check Also

Bekas isteri bongkar Tegar kerap DM kenalan, ‘jual’ cerita sedih.

Berita penceraian penyanyi Indonesia, Tegar Septian siang tadi agak mengejutkan ramai k3rana dia amat dikenali …

Leave a Reply

Your email address will not be published.