Home / Semasa / Nasihat Buat Guru-Guru Muda Lelaki Yang Baru Nak ‘Up’ | MyBlog

Nasihat Buat Guru-Guru Muda Lelaki Yang Baru Nak ‘Up’ | MyBlog

Satu perkongsian menarik telah dibuat oleh Karya Kayra di Facebooknya mengenai laluan kerjaya secara pantas (fast track) utk pegawai Perkhidmatan Awam.

Hantarannya tersebut ditujukan khas buat guru-guru muda lelaki yg masih baru dalam bidang pendidikan & masih belum jelas mengenai laluan kerjaya secara pantas ini.

Beliau turut kongsikan satu pautan bagi melihat dokumen penuh Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkaitan Laluan Fast Track tersebut.

Semoga perkongsian yg sungguh bermanfaat ini dapat dijadikan panduan & pengajaran buat semua guru-guru muda di Malaysia agar dapat berbakti dengan lebih cemerlang di masa hadapan.

1 Karya Kayra

Saya kongsikan Pekeliling berkaitan Kenaikan FAST TRACK dalam Perkhidmatan Awam berikutan ramai guru-guru muda “lelaki” mempertikaikan penulisan saya sebelum ini berkaitan Perbezaan Gred Gaji & Fast Track. Mereka tak-percaya 😁

Bro.. Saya takkan menulis tanpa bukti.

Semua penulisan saya ada bukti, saksi & pengalaman 22 tahun dalam Bidang Pendidikan.

Pekeliling ini juga terpakai kepada guru-guru yg menggunakan Gred DG.

Guru-Guru Gred DG yg ditetapkan kenaikan pangkat gred & gaji setiap 8 tahun sekali BOLEH mendapatkan kenaikan FAST TRACK Gred DG & Kenaikan Gaji setiap 3 tahun sekali sepertimana Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Gred M.

Syaratnya adalah anda mesti berusaha mendapatkan status sebagai Guru Cemerlang di sekolah atau Pegawai Cemerlang jika anda berkhidmat di PPD, JPN & KPM.

Berhenti memperlekehkan Guru Cemerlang di sekolah anda. Anda kutuk Guru Cemerlang di sekolah anda, dia jalan terus. Gred & Gajinya tetap naik setiap 3 tahun sekali. Anda cuma dapat dosa. Maka anda berusahalah utk mendapatkan status Guru Cemerlang utk diri anda.

Di Peringkat Kementerian, tdk berlaku kutukan kepada Pegawai Cemerlang. Ianya hanya berlaku di sekolah. Setiap pegawai di KPM berusaha utk mendapatkan status Pegawai Cemerlang itu.

Klik link ini utk mendapatkan dokumen penuh Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkaitan Laluan Fast Track yg mempunyai 38 halaman ini:

https://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2016/pp082016.pdf

Bagi Guru-Guru pula.. terutamanya yg kerap ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) utk membuat aduan itu & ini tentang Pengetua & Guru Besar anda, ap4 kata next time anda buka mata melihat pelbagai info yg dipaparkan di dalam bangunan JPN?

Ada banner & poster berkenaan LALUAN FAST TRACK bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yg dibekalkan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Setiap kali JPN mengadakan Pameran Kerjaya, pergilah menunjukkan muka sebagai menghargai usaha Jabatan Pendidikan Negeri anda. Ada Pegawai JPN yg ditugaskan khusus utk menerangkan tentang Laluan FAST TRACK ini.

Saya mengetahui mengenai laluan FAST TRACK kenaikan gaji & pangkat bagi Gred DG Pegawai Pendidikan ini ketika saya baharu 2 tahun mengajar apabila saya sebagai “guru baharu” diarahkan menyertai larian 10 kilometer yg dianjurkan JPN Johor yg diadakan sempena Karnival Kerjaya Pendidikan 20 tahun lalu.

Belum sah jawatan lagi ketika itu. Dahulu kami sah jawatan selepas 3 (tiga) tahun mengajar. Tidak seperti guru-guru muda hari ini yg sah jawatan selepas 1 (satu) tahun mengajar. Maka hargailah usaha guru-guru senior anda yg berusaha mengubah Tempoh Sah Jawatan dari tiga tahun kepada satu tahun sebaik sahaja mereka menjawat jawatan tinggi di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Mereka mengubahnya utk kebaikan anda guru-guru baharu bukan utk diri mereka.

Baca & Fahami ap4 sahaja berkaitan kerjaya anda sebagai Pegawai Pendidikan berstatus Guru.

Buat baik dengan kerani di sekolah & buat baik dengan semua Pegawai di PPD & JPN. Tiada ruginya berbuat baik dengan orang lain. Saya sentiasa menunjukkan hormat hatta kepada makcik cleaner & makcik kantin di sekolah. Itulah guru. Anda mengajar anak orang lain Adab Menghormati, maka anda terlebih dahulu wajib menghormati.

Bukannya anda buat akaun fb fake menggunakan nama palsu & mengutuk segalanya dalam Bidang Pendidikan k3rana jelas melalui ayat kutukan anda itu menunjukkan anda seorang guru. Macam kami tak boleh detect anda siapa & mengajar di mana 🤭🤪

Bukannya anda yg baharu kerja sebagai guru sudah nak kondem sana-sini. Pantang anda terbaca penulisan orang lain TERUTAMANYA PEGAWAI PEREMPUAN maka anda dengan bongkak merasakan “orang perempuan” tak-tahu ap4-ap4. Anda lelaki sahaja yg hebat semata sebab anda lelaki.

Anda berada dalam Bidang Pendidikan BUKAN dalam Bidang Politik.

Pendidikan TIDAK BOLEH DIPOLITIKKAN Demi Masa Depan Negara.

Ramai Guru Perempuan kini menjawat jawatan Pegawai Tinggi di PPD, JPN & KPM k3rana mereka bertugas & berkorban DEMI PENDIDIKAN NEGARA tanpa membabitkan politik.

Terima hakikat itu walaupun pahit bagi anda sebagai seorang lelaki.

Kayra, Putrajaya.#LaluanPantasKerjaya#FastTrack#AbangSilapOrangNakKutuk

BACA: Paksa Anak Masuk Kelas Sains Sebenarnya ‘Membunuh’ Masa Depan Mereka?

Sumber & kredit foto: Facebook Karya Kayra

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“K0tornya SiapaIah Yang Kena Tu..”, Vldeo Noh MeIuddah Atas Pntas Terlma Krltikan Ntlzen – | Article Update

“Terkjut aku tngok , ingatkan sapelah yg buat prsembahan td..” V0kaIis kmpuIan hujan, Noh Salleh …

Leave a Reply

Your email address will not be published.