Home / Semasa / Tengku Zafrul Beritahu Satu Negara Ini Langsung Tidak Benarkan Keluar Duit Persaraan Seperti KWSP

Tengku Zafrul Beritahu Satu Negara Ini Langsung Tidak Benarkan Keluar Duit Persaraan Seperti KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh mengagihkan kadar dividen simpanan konvensional sehingga 6.7 peratus berbanding 6.1 peratus jika pengeluaran khas tdk dibuat.

Ini bermakna, sebanyak RM5.4 bilion dari segi dividen tambahan boleh diagihkan kepada semua ahli KWSP jika pengeluaran sebelum ini tdk dilakukan.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, kehilangan RM5.4 bilion dari dividen ini telah menyebabkan lebih kurang 5.3 juta ahli yg tdk pernah mengeluarkan wang simpanan mereka melalui mana-mana skim pengeluaran sebelum ini terpaksa menerima pulangan yg lebih rendah ke atas simpanan mereka.

“Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat sekelian, juga mewakili pencarum yg tdk perlu mengeluarkan simpanan mereka: adakah ini adil?,” tanya Tengku Zafrul semasa ucapan penggulungan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.

Beliau memberitahu, secara keseluruhan, di bawah ketiga-tiga pengeluaran KWSP – i-Lestari, i-Sinar & i-Citra – pencarum telah akses kepada dana persaraan mereka sehingga RM71,000 & telah memanfaatkan lebih 7.3 juta ahli atau 58 peratus daripada 12.7 juta ahli dengan amaun pengeluaran berjumlah RM101 bilion.

Jelas beliau, sekiranya dibenarkan pengeluaran RM10,00 secara one-off, bilangan ahli yg layak membuat pengeluaran dijangka seramai 6.3 juta ahli, berkemungkinan melibatkan pengeluaran tambahan berjumlah lebih daripada RM63 bilion.

Sekiranya pengeluaran tambahan dibenarkan, maka KWSP perlu melaksanakan pengimbangan portfolio, & impaknya mungkin lebih dari nilai pengeluaran berjumlah RM63 bilion.

Ujarnya, bagi menyediakan nilai pengeluaran berjumlah RM63 bilion ringgit, KWSP perlu menjual lebih banyak aset pelaburan luar negara dalam keadaan pasaran yg tdk menentu, terutamanya dengan krisis Rusia-Ukraine baru-baru ini, memberhentikan pelaburan di dalam negara utk tempoh jangka pendek & sederhana tiga hingga enam bulan.

Langkah ini akan terus memberi impak negatif kepada pasaran saham & bon tempatan.

Antara kesan buruk yg boleh & antaranya telah berlaku kepada pasaran bon tempatan termasuklah kadar faedah Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) yg telah meningkat dalam kadar purata 100 mata asas berbanding suku ketiga tahun 2020.

Ini menyebabkan kos pinjaman bagi kerajaan di masa hadapan meningkat dengan ketara, serta kerugian portfolio bagi peserta-peserta pasaran.

”Sebagai contoh, bagi keseluruhan tahun 2021, jumlah pinjaman kasar bagi MGS adalah 83 bilion ringgit. Ini bermakna kerajaan menanggung tambahan bayaran faedah berjumlah RM830 juta setahun.

”Bayangkan nilai ini sepatutnya dapat digunakan bagi pelbagai program & bantuan kewangan utk rakyat. Kenaikan lanjut kadar faedah ini juga akan menyebabkan kerugian yg lebih besar, serta terus meningkatkan sentimen negatif peserta pasaran terhadap pasaran kewangan tempatan,” tambahnya.

Tambahan pula, ini akan menjejaskan kedudukan KWSP sebagai pemegang tunggal terbesar MGS dengan pegangan berjumlah RM240 bilion (atau hampir 27 peratus daripada nilai keseluruhan di dalam pasaran bon MGS).

Bagi syarikat tersenarai di pasaran saham tempatan pula, pegangan KWSP adalah kira-kira 16 peratus (atau RM272 bilion) daripada nilai keseluruhan yg berjumlah lebih 1.7 trilion ringgit manakala bagi pelaburan dalam bon-bon korporat pula, pegangan KSWP pula adalah 21 peratus (atau RM166 bilion).

Tengku Zafrul berkata, apabila kedudukan KWSP sebagai salah satu pelabur terbesar di pasaran saham & bon tempatan terjejas, ada dua perkara yg akan juga terjejas iaitu kebolehan KWSP utk menjana pulangan dividen kepada ahli & peranan KWSP dalam menyediakan kecairan modal bagi pasaran bon kerajaan yg mana kos pinjaman kerajaan akan naik & telah pun naik sebanyak 100 mata asas.

Menurut beliau lagi, negara-negara lain seperti Australia, Chile & Peru, yg juga telah membenarkan akses awal kepada simpanan persaraan bagi membantu rakyat menangani cabaran Covid-19, tdk lagi membenarkan program pengeluaran ini.

Singapura pula langsung tdk membenarkan sebarang pengeluaran dana persaraan atas tujuan Covid-19, katanya.

Sumber – MalaysiaGazette

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yg menarik & menghiburkan di bawah ini yg dikongsikan seperti berikut:

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Syamsul Yusof, pecɑh panggung! filem Mat Kilau tembusi angka RM39.2 juta!

FILEM epik Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof yg mula ditayangkan di negara ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published.