Home / Semasa / Ustaz Kongsi Kisah Penuh Menginsafkan Seorang Bilionair Malaysia Ketika Menunaikan Ibadah Haji Dan Umrah | MyBlog

Ustaz Kongsi Kisah Penuh Menginsafkan Seorang Bilionair Malaysia Ketika Menunaikan Ibadah Haji Dan Umrah | MyBlog

Rasanya, belum pernah ada sesiapa lagi yg membuat perkongsian mengenai pengalaman atau kisah umrah & haji seorang bilionair Malaysia.

Kalau ada pun, hanya pengalaman mereka yg pernah berjumpa atau berurus niaga dengan golongan ‘kayangan’ ini sahaja.

BACA: Pengalaman Penuh Saspens Berurus Niaga Jual Beli Kereta Dengan Seorang Bilionair Malaysia

Mesti ramai yg tertanya-tanya bagaimana sebenarnya perangai & tingkah laku mereka ketika menjadi tetamu Allah di Tanah Suci, kan?

Kisah ini diceritakan oleh pengasas SoBella Cosmetics iaitu WN Syuhada atau Syu di Facebooknya ketika menemui seorang ustaz yg pernah membawa Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary menunaikan ibadat haji & umrah satu ketika dahulu.

Jom sama-sama kita ikuti kisah yg penuh menginsafkan ini.

1 Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Ustaz umrah Syu ada cerita yg dia pernah bawak Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pergi haji. Bukan orang biasa. Antara 10 orang terkaya dalam Malaysia. Dari beras, gula, saham, transportation, airport, semualah dia sapu. Kita tak cakap pasal kaya juta-juta. Ni dah level billion-billion.

Ustaz kata dia neves jugak nak assist Tan Sri. VVIP kan? So sebagai wakil company, ustaz cuba bagi the best servis utk Tan Sri. “Selama saya hidup, saya tak pernah tengok orang kaya yg betul tawadhuk macam dia”. Syu tanya, “Tawadhuk macam mana tu ustaz?”

So, ustaz cerita. Tan Sri ni pergi masjid pakai jubah biasa je. Selipar Jepun takde brand. Dia masuk masjid solat Zohor, tunggu Asar, tunggu Maghrib and Isyak. Balik rehat di bilik sekejap-sekejap je. Banyak masa dalam masjid. Makan pun roti je buat alas perut. Takdenya makanan kena serve, masuk restaurant elite. Takde bodyguard yg iring dia dari hotel and tunggu di masjid. Dia jalan masuk ke masjid macam orang biasa je. Cuma Tan Sri selalu mintak ustaz masuk dalam masjid bersama Tan Sri sebab dia nak ustaz check bacaan Quran dia.

Dah selesai solat, Tan Sri akan bangun dari tempat solat g ambik air zam-zam utk ustaz. Aik pelik ni! Biasa VIP nak orang yg layan and serve dia. Tapi bukan Tan Sri. Dia yg dulu g ambik air zam-zam  Ada sekali ustaz bawak gelas khas utk Tan Sri minum air zam-zam. Dekat masjid kat Mekah kan banyak tong air zam-zam and dah ada cawan plastik sekali. So, ustaz sedia la gelas kaca utk Tan Sri minum. As servis dia la kan? Special sikit. Tapi Tan Sri tolak. Dia kata dia nak minum dari cawan plastik macam orang lain je.

Setiap kali datang haji and umrah, sedekahnya luar biasa. 60,000 Saudi Riyal main-main je dia bagi kat ustaz and mintak ustaz agihkan. Happy orang-orang gelandangan, orang miskin area masjid dapat duit 100-200 Riyal sorang. Around 150-250 duit Malaysia.

And cerita yg paling berbekas di hati Syu adalah cerita semasa Tan Sri buat haji. Btw pakej VIP Haji ni ada banyak jenis. Ada yg 70K sorang, ada yg 170K sorang. Menteri, artis, org bisness kaya kebanyakan ambik yg 170K sorang tu. Tapi Tan Sri ambik yg 70K je. Share khemah dgn jemaah lain. Bukan keselesaan jadi ukuran, cuma nak fokus utk keselamatan.

Masa berwukuf di Padang Arafah, all the time Tan Sri duduk di tengah panas sambil doa, baca Quran sampai ustaz pun rasa bimbang. Risau kot-kot jatuh pengsan je ap4. Masa VIP lain ada yg berehat di khemah, makan minum dengan selesa, doa and baca Quran pun dalam khemah je tapi Tan Sri tetap di kerusinya di bawah sinaran matahari and suhu waktu tu mencecah 40-45 degree.

Then, sebab risau Tan Sri berlama di tengah panas, ustaz pun bawak payung and payungkan Tan Sri masa Tan Sri tengah doa. Then, Tan Sri tolak. Tan Sri kata, “Ustaz, nanti masa kat Padang Mahsyar, ustaz tak boleh tolong saya. Beginilah panasnya. Saya dengan amalan saya, ustaz dengan amalan ustaz”. Masa tu ustaz tertampar. Rasa malu dengan seorang kaya yg sangat zuhud & luar biasa pemikirannya.

In fact, masa ustaz cerita, terus Syu rasa sebak. Masya-Allah luar biasa pemikiran figura hebat ni. Betul tu. Kita hidup atas muka bumi ni banyak nak puaskan hati manusia. Nak orang sanjung kita, nak orang puji kita, nak orang layan kita, nak orang loyal kat kita, nak orang senangkan hati kita sampai kita sanggup buat macam-macam demi manusia lain. Kadang-kadang, sanggup buat benda yg mengundang murka Allah semata-mata utk tarikh perhatian orang, nak bagi orang support kita, puja kita. Tengok saja hari ni. Demi content, macam-macam orang sanggup buat. Sedangkan di akhirat nanti, cuma amalan & kita sahaja yg akan menunduk takut di depan Allah SWT. Tiada siapa pun yg akan tolong kita. Bukan mak, bukan suami, bukan follower, bukan kawan, bukan agent. Cuma kita & amalan sahaja. Allahuakbar 😢

Terbaca kata-kata pegangan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dalam bisness adalah, “Kekayaan yg Allah bagi utk saya adalah demi membantu orang lain. Saya percaya tentang KEBERKATAN REZEKI . Bantu orang yg memerlukan insya-Allah pertolongan Allah pasti ada”. In fact, kalau korang tahu, Tan Sri pernah rugi 2 billion masa zaman kegawatan ekonomi dulu hanya utk mempertahankan hak orang Melayu. Kita boleh tak macam tu? Nak bagi adik pinjam 200 pun rasa nak marah. Nak hulur kat mak ayah 500 pun susah. Itu keluarga sendiri. Nak bagi masa tenaga kat team pun berkira utk bantu dia. Tapi Tan Sri sanggup bantu orang yg dia sendiri tak kenal dengan jumlah yg besar. Masya-Allah hebat insan ciptaan Allah ni.

One more, kita kena sangat percaya tentang keberkatan rezeki. Untung rugi bisness tu biasa. Lagi kaya, lagi banyak rugi. Bila rugi, jangan sedih melampau. Ada la tu Allah nak bagi rezeki lebih lagi. Jangan berkira dengan orang. Jangan dikira-kira ap4 yg kita dapat sampai kita takut nak sedekah, nak memberi kat orang lain. Apabila rezeki itu berkat, insya-Allah takkan pernah habis & berkurang rezeki tersebut.

One in a million. Orang kaya luar biasa. Kaya yg tak pernah takut miskin dalam sedekah. Teringat pada Saidina Abdul Rahman B Auf, sahabat Rasulullah SAW. Saudagar kaya yg pemurah & dermawan. Susah nak jumpa zaman sekarang. Kaya sekadar kaya harta tu berlambak. Yang betul kaya tapi tawadhuk and pemurah, susah nak jumpa. Ini yg kita panggil kaya dunia akhirat. I wanna be like him. Kejayaan & kekayaan yg ada bukanlah satu simbol kemegahan. Tapi dengan harta & pangkat, kita gunakan utk memanfaatkan manusia lain, utk merubah dunia menjadi tempat yg lebih baik insya-Allah dengan izin Allah.

Kaya dunia, kaya akhirat. Jom sama-sama ❤️

Sumber & kredit foto: WN Syuhada

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

(VIDE0) Pelajar Tinggal Bawah Jambatan Tepi Sungai Undang Seb4k Netizen

(VIDEO) Pelajar Tinggal Bawah Jambatan Tepi Sungai Undang Sebak Netizen Keadaan sebegini amatlah pɛrit utk …

Leave a Reply

Your email address will not be published.