Home / Semasa / Alhamdulillah Akhirnya Kerajaan Bersetuju Pengeluaran 10k Kwsp Untuk Kali Terakhir, Ini Kata-Kata PM Kita Mengenai Pengeluaran Kwsp

Alhamdulillah Akhirnya Kerajaan Bersetuju Pengeluaran 10k Kwsp Untuk Kali Terakhir, Ini Kata-Kata PM Kita Mengenai Pengeluaran Kwsp

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar & i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.

Berdasarkan dapatan kajian & penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yg masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan & sedang membina semula kehidupan.

Kerajaan mendengar, mengkaji & meneliti permintaan daripada semua pihak utk mengeluarkan caruman KWSP.

Justeru itu, pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan & KWSP.

Ini merupakan keputusan yg sukar k3rana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat & pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini & simpanan masa hadapan.

Walaupun Kerajaan memberikan kebenaran utk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yg sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.

Terdahulu,

PM bakal umum kebenaran pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000?

Pengumuman 1.30 petang ini oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka melibatkan kebenaran pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurut sumber, Ismail Sabri dijangka mengumumkan pengeluaran KWSP sebanyak RM5,000 dalam akaun i-Citra, ia ekoran timbul desakan terbaharu oleh pemimpin UMNO khususnya kumpulan Kluster Mahkamah yg mendesak langkah membenarkan pengeluaran tersebut.

Terdahulu, kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP dibawah skim i-Lestari & i-Sinar pada 2020, diikuti oleh i-Citra pada Julai 2021, ia diperkenalkan semata-mata utk memenuhi keperluan aliran tunai yg mendesak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) & kelembapan ekonomi.

Untuk rekod, pada 28 Disember tahun lalu juga, KWSP dalam satu kenyataan yg dilaporkan media tempatan menyatakan sokongan supaya pengeluaran khas i-Citra diberhentikan bagi membantu ahli membina semula kecukupan simpanan persaraan mereka.

KWSP berkata, kepelbagaian bantuan kewangan kerajaan yg ditawarkan kepada individu & perniagaan utk pemulihan daripada pandemik & banjir baru-baru ini adalah dialu-alukan semasa waktu sukar ini, justeru, sebarang pengeluaran khas daripada simpanan KWSP pada masa hadapan adalah dianggap tdk perlu.

KWSP adalah dana persaraan yg diberi mandat bagi melindungi simpanan ahli utk keperluan & kesejahteraan masa depan persaraan mereka.

Ditubuhkan sejak 1951, KWSP adalah tertakluk di bawah Akta KWSP 1991, yg menetapkan bahawa Akaun 1 (70 peratus simpanan) ditetapkan utk persaraan, manakala Akaun 2 (30 peratus simpanan) adalah utk pengeluaran lain-lain yg dibenarkan bagi menjamin masa depan persaraan yg lebih cerah.

“Walau bagaimanapun, tiada peruntukan dalam akta yg membenarkan pengeluaran utk bencana alam,” kata KWSP.

Sebelum ini pun, pada 26 Disember 2021, Ismail Sabri menjelaskan pengeluaran itu bukan suatu keperluan buat masa ini, susulan kerajaan sudah memperuntukkan dana & mengumumkan bantuan yg mencukupi utk membantu mangsa banjir di seluruh negara, selain sedia menambah peruntukan berkenaan.

Selain itu, Ismail Sabri berkata kerajaan bimbang dengan jumlah baki simpanan dalam akaun pencarum KWSP susulan dua kali pengeluaran menerusi i-Sinar & i-Citra, dengan ada antaranya berisiko menjadi miskin tegar selepas pencen.

Pakar ekonomi juga setuju keputusan kerajaan, khususnya KWSP, menolak tuntutan pengeluaran i-Citra RM10,000 secara one-off bertujuan memberi pendidikan kepada orang ramai supaya berhati-hati menggunakan wang tersebut.

Sumber Ismail Sabri/Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yg menarik & menghiburkan di bawah ini yg dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

[VIDEO] Gambar Anak Saiful Apek Ini Curi Perhatian, “Macam Sama La Dengan Ayahnya” – | Article Update

“Ehh muka sebijik apekk..” Siapa sahaja yg tdk mengenali pelawak & penyanyi, Saiful Apek Senario. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.