Home / Semasa / Pencarum KWSP Wajar Dapat Khidmat Nasihat Kewangan Sebelum Keluarkan Simpanan

Pencarum KWSP Wajar Dapat Khidmat Nasihat Kewangan Sebelum Keluarkan Simpanan

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) — Sebelum membuat pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pencarum perlu mendapatkan khidmat nasihat kewangan daripada mana-mana agensi berkaitan.

Penganalisis ekonomi dari Putra Business School Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata ini penting, bagi memastikan golongan itu membuat keputusan sewajarnya terutama tdk menjejaskan simpanan hari tua mereka.

“Keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 menunjukkan tanda prihatin terhadap isu yg melanda rakyat, terutama melibatkan pencarum KWSP.

“Walaupun ekonomi semakin pulih, ada beberapa kumpulan masyarakat yg masih terkesan akibat pandemik COVID-19, termasuk musibah banjir baru-baru ini.

“Namun, kerajaan perlu memastikan ada ruang & peluang utk pencarum mendapatkan khidmat nasihat & bimbingan kewangan secara berterusan, sebagai contoh melalui Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK), bagi memastikan pengeluaran secara optimum & tdk disalahgunakan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kerajaan hari ini membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000, bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yg masih terkesan susulan pandemik COVID-19.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun keputusan itu sukar dibuat k3rana melibatkan simpanan hari tua rakyat, pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini & simpanan masa hadapan.

Bagaimanapun, Ismail Sabri merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak, & berharap mereka membuat pertimbangan sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.

Sementara itu, pakar ekonomi Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata pencarum juga perlu memikirkan keperluan sebenar, sebelum membuat pengeluaran k3rana ia melibatkan kesan jangka panjang kedudukan kewangan mereka selepas bersara.

Beliau berkata di Malaysia, 35 peratus rakyat kurang pengetahuan mengenai pengurusan kewangan, manakala 65 peratus langsung tiada pengetahuan berkaitan aspek berkenaan.

“Ada pencarum yg merasakan pengeluaran (KWSP) adalah hak mereka tanpa memikirkan masa hadapan…mereka fikir jangka pendek sahaja. Kalau boleh, elaklah keluarkan. Cuma realitinya memang ada kumpulan rakyat yg amat memerlukan (pengeluaran KWSP).

“Justeru kerajaan perlu melihat perkara ini dengan lebih terperinci, termasuk menyediakan khidmat nasihat sama ada secara formal atau pun tdk formal, termasuk memberi khidmat kaunseling kepada pencarum, bergantung kepada keperluan mereka,” katanya.

Bagi pekerja swasta Mariam Abdul Rahman, 38, ‘khabar gembira’ itu telah lama dinantikan bagi menjelaskan tunggakan pinjaman perumahan, yg gagal dijelaskan akibat kekangan kewangan.

“Tambah menyukarkan, suami juga kehilangan pekerjaan ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), selain nama disenarai hitam,” katanya.

Pengumuman itu turut mendapat reaksi positif orang ramai yg membanjiri ruangan komen Facebook Perdana Menteri, dengan ucapan syukur & terima kasih.

Pengguna Facebook dengan nama akaun Hasni Abd Ghani, menzahirkan rasa lega dengan kebenaran itu yg sedikit sebanyak membantu mengurangkan kesusahan & keperitan hidup mereka yg terkesan.

“Moga langkah ini memberikan nafas baharu bagi mereka yg betul-betul kesempitan utk menempuhi kehidupan seterusnya,” katanya.

Monica Leong Peik See pula menyatakan “Akhirnya ia dibenarkan! Syukur pada Tuhan.”

Sumber: Bernama

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Bekas isteri bongkar Tegar kerap DM kenalan, ‘jual’ cerita sedih.

Berita penceraian penyanyi Indonesia, Tegar Septian siang tadi agak mengejutkan ramai k3rana dia amat dikenali …

Leave a Reply

Your email address will not be published.