Home / Semasa / Pengeluaran KWSP: Young Syefura sambut baik, namun ada benda buat dia terkilan

Pengeluaran KWSP: Young Syefura sambut baik, namun ada benda buat dia terkilan

KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran khas wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 seperti mana diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Tidak dinafikan pengeluaran khas wang KWSP ini sedikit sebanyak mampu membantu meringankan beban rakyat yg masih lagi terkesan dengan pandemik Covid-19.

Young Syefura berkata, namun demikian beliau sedikit terkilan k3rana pengeluaran khas wang KWSP ini bukan bantuan kewangan daripada kerajaan kepada rakyat seperti mana pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) ataupun Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Sebaliknya beliau berkata, ia adalah pengeluaran yg dibuat daripada tabung persaraan rakyat.

“Namun demikian, saya pasti berita ini adalah berita yg ditunggu-tunggu oleh sebahagian daripada rakyat yg benar-benar memerlukan wang utk meneruskan kehidupan.

“Saya berharap kebenaran pengeluaran khas wang KWSP ini tdk disertai dengan syarat-syarat yg membebankan & remeh yg akhirnya menyukarkan proses pengeluaran wang KWSP ini,” katanya dalam kenyataan yg dimuat naik di laman Facebooknya di sini hari ini.

Young Syefura juga menasihati orang ramai terutama golongan muda & yg masih berkemampuan utk meneruskan kehidupan seharian agar tdk membuat pengeluaran khas wang KWSP ini jika tiada keperluan ataupun kecemasan.

“Ini adalah k3rana wang ini adalah simpanan utk hari tua kita. Kepada yg benar-benar memerlukan wang ini, saya berharap agar ia dapat meringankan beban yg ditanggung & berharap agar wang ini dapat digunakan sebaik mungkin utk meneruskan kehidupan,” katanya. – UTUSAN

Pengeluaran khas KWSP: MOF umum perincian dalam masa terdekat

PUTRAJAYA – Butiran terperinci mengenai pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bernilai RM10,000 sebagaimana diumumkan hari ini akan diumumkan Kementerian Kewangan (MOF) dalam masa terdekat.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz dalam satu kenyataan hari ini.

“KWSP juga akan mengumumkan langkah perlu bagi menangani isu dana persaraan ahli-ahli KWSP yg telah berkurangan,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu sidang akhbar khas mengumumkan keputusan kerajaan tersebut setelah mendengar, mengkaji & meneliti permintaan daripada semua pihak utk mengeluarkan caruman KWSP.

Bagaimanapun, beliau menasihati semua pencarum agar mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak. KOSMO! ONLINE

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.