Home / Terkini / Penjaja jalanan berdepan tindakan tegas

Penjaja jalanan berdepan tindakan tegas

IPOH: Penjaja jalanan yang masih ingkar menjalankan urus niaga di persimpangan lampu isyarat dan jalan raya bakal berdepan tindakan tegas daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, pihaknya tidak akan berkompromi lagi setelah beberapa siri advokasi dilaksanakan bagi memberi nasihat dan peringatan kepada mereka.

Katanya, tindakan degil golongan itu bukan sahaja berbahaya kepada diri sendiri, malah, pengguna jalan raya lain.

“Tindakan (menjaja di persimpangan lampu isyarat dan jalan raya) menyalahi peraturan kerana berniaga di tempat berbahaya terutama di rizab jalan boleh mengundang kecelakaan dan nahas.

“Sebelum ini, kita ada buat advokasi, beri nasihat. Selepas ini, tiada lagi advokasi dan kita rancang dalam masa terdekat (tindakan saman),” katanya dalam sidang akhbar pada Operasi Bersepadu Kenderaan Perdagangan di Plaza Tol Ipoh Utara arah selatan di sini semalam.

Menurut beliau, tindakan terhadap pihak yang menjalankan perniagaan di atas jalan diambil berdasarkan peruntukan di bawah Kaedah 10A Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

“Di bawah peruntukan itu, adalah sangat dilarang melakukan apa-apa perniagaan dan aktiviti di atas jalan raya.

“Oleh itu, JPJ Perak akan mengambil tindakan terhadap mereka di mana ia turut akan dilaksanakan di seluruh negara namun buat masa ia, pelaksanaannya dijalankan secara berperingkat,” katanya. –UTUSAN ONLINE

About admin2

Check Also

Video Ini Tunjuk Perbezaan Layanan ‘Double Standard’ Antara Mat Saleh Dan Mat Nepal Oleh Rakyat Malaysia

Boleh dikatakan apabila content creator dari negara barat datang melancong ke Malaysia atau berniaga di sini atau boleh bercakap dalam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.