Home / Semasa / “What The Fish!!!!” – Peguam Syarie Marah Dan Tegur Drama ‘Suamiku Lelaki Pendosa’ | MyBlog

“What The Fish!!!!” – Peguam Syarie Marah Dan Tegur Drama ‘Suamiku Lelaki Pendosa’ | MyBlog

Drama TV penuh kontroversi Suamiku Lelaki Pendosa mendapat teguran dari seorang Peguam Syarie & Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli.

Beliau yg merupakan seorang peguam syarie yg aktif dalam perkongsian berkaitan hal ehwal kekeluargaan Islam & pengurusan harta orang Islam sebelum ini telah pun mengulas isu yg hampir sama.

Dalam hantarannya sebelum ini di Facebook yg bertajuk, “Tak Boleh Cakap Anak Tak Sah Taraf Kalau Isteri Zina Dengan Lelaki Lain”, beliau telah membuat teguran mengenai cara pembuktian DNA yg digunakan utk menafikan nasab keturunan.

Nasab sebenarnya dapat dinafikan dengan melakukan sumpah Li’an & sekiranya ia tdk dilakukan, anak tersebut tetap sah dinasabkan kepada suami yg sah, walaupun bukan dari benih lelaki tersebut.

Walau bagaimanapun, beliau masih memuji drama tersebut yg disifatkannya sebagai bagus, serba complicated & luar biasa, namun menasihatkan pihak penerbitan mendapatkan khidmat nasihat golongan yg arif terlebih dahulu jika ia melibatkan hukum & undang-undang.

Kali ini, beliau sekali lagi terpanggil utk membuat teguran melalui hantaran terbarunya yg menyeru pihak yg terlibat dengan drama tersebut agar menyemak betul-betul isu nasab dalam Islam sebelum menyiarkannya kepada orang ramai.

Apa sebenarnya yg menyebabkan beliau kali ini terpaksa menahan marah sehingga tangannya bergetar sejurus selesai menonton Episod 19 drama Suamiku Lelaki Pendosa?

Jom sama-sama ikuti perkongsian yg sangat menarik ini.

Fahmi Ramli

TV3 & penulis novel, tolong semak betul-betul isu nasab dalam Islam sebelum pamerkan pada orang awam.

Hari ini saya terpanggil sekali lagi utk ulas isu yg hampir sama dengan artikel yg saya ulas daripada drama Suamiku Lelaki Pendosa. Tangan saya bergetar k3rana terlalu marah bila baru sahaja menonton Episod 19 di Disney Hotstar.

Buat yg tak tonton, saya beritahu ap4 sebabnya saya marah.

Dalam episod tersebut, Dato Afnan (Edika Yusof) telah datang ke rumah Firdaus Bapa Cahaya Malaika (Fauzi Nawawi) utk melihat & berjumpa dengan Cahaya Malaika (Sophia Barakbah) lantas memberitahu yg dia adalah ‘Bapa Kandung’.

Yang tak boleh saya terima, Firdaus ni pun siap cakap ‘Ini adalah bapa kandung Cahaya’. What the fish!!!!

✅ Apa hubungan sepatutnya Cahaya dengan Dato’ Afnan?

Walaupun diketahui Dato’ Afnan itu telah meniduri isteri Firdaus, Wahidah (Aleza Shadan), TAPI dalam Islam, dia tak boleh dikatakan sebagai Bapa Kandung. Istilah bapa kandung digunakan utk Anak Sah Taraf yg dinasabkan kepada seorang bapa yg sah dalam tempoh perkahwinan mengikut Hukum Syarak.

Seandainya, katakanlah Wahidah diceraikan, & kemudian berkahwin dengan Dato’ Afnan, ia tak akan menjadikan Cahaya Malaika itu sebagai Bapa Kandungnya. Hubungan Cahaya & Dato’ Afnan tu hanya seperti Bapa Tiri yg haram berkahwin dengan anak tiri disebabkan perkahwinan dengan ibunya.

✅ Betul ke Cahaya Anak Tak Sah Taraf?

Seperti yg saya pernah ulas, Cahaya tetap dikira Anak Sah Taraf kepada Firdaus & Wahidah sebab dia dilahirkan dalam tempoh perkahwinan mereka.

Meskipun, DNA & pengakuan Wahidah yg terlanjur dengan Dato’ Afnan ketika dia bergelar isteri orang membuktikan Cahaya datang dari benih Dato’ Afnan (mungkin), TAPI disebabkan Firdaus tdk membuat Permohonan Cerai Lian, maka, Cahaya tetap dikira Anak Sah Taraf kepada Firdaus.

✅ Bukan ke DNA terbukti kuat?

DNA adalah satu kaedah saintifik. Islam tdk menolak pembuktian tersebut. Tetapi, dalam Undang-undang & Syarak, hanya ada satu cara utk seorang lelaki menafikan nasab anaknya iaitu dengan Cerai Lian setelah dia menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain.

Saya dah ulas perkara ini berdasarkan satu rujukan kes Jurnal Hukum yg diputuskan di Mahkamah Rayuan Syariah (boleh rujuk artikel sebelum ini), Mahkamah memutuskan, DNA hanya digunakan utk membuktikan nasab seseorang anak sahaja, bukan CARA utk menafikan nasab.

✅ Walaupun Firdaus mungkin tahu perbuatan isterinya dibelakang?

Ya, walaupun Firdaus tahu Wahidah telah terlanjur dengan lelaki lain. Untuk menjawab kepada persoalan ini, saya merujuk kepada satu Hadis Nabi s.a.w yg mafhumnya,

“Anak itu dinisbahkan kepada katil, sedangkan utk orang yg berzina terlarang daripada ap4-ap4”

(Bukhari & Muslim)

Maksudnya, katil itu dinisbahkan kepada isteri. Pemilik kepada katil tersebut adalah suami yg sah. Anak itu dinisbahkan kepada suaminya. Meskipun, isteri tersebut menafikan itu anaknya, tetapi suami itu menyatakan itu anaknya, maka anak itu tetap boleh dinasabkan kepada suaminya.

✅ Kalau Firdaus menafikan itu nasabnya?

Jika Firdaus atau suami tersebut, menafikan bahawa itu anaknya, & menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain, isteri pulak menafikan, maka ia akan menjurus kepada Cerai/Sumpah Lian jika suami tdk mampu membawa bukti syarak tuduhan zina iaitu 4 orang saksi lelaki. Selepas itu, barulah anak itu dinafikan nasab daripada suami tersebut.

Manakala, orang yg berzina, iaitu tdk ada pertalian nikah yg sah, & melahirkan anak, maka anak itu tak boleh dinasabkan kepada lelaki tersebut, sebaliknya nasab kepada ibunya sahaja.

Jadi, ini bermaksud, anak itu masih wajar dinasabkan kepada suami yg sah, meskipun isteri tersebut mengakui yg itu bukan benih suaminya. Syaratnya, suami tersebut menafikan dakwaan isterinya & mengakui itu adalah anaknya.

✅ Bukan ke masa belajar dulu anak tak sah taraf tak boleh dinasabkan kepada lelaki yg berzina?

Memang betul. Tapi di dalam kes ini, Wahidah itu berzina dengan lelaki lain dalam tempoh perkahwinannya dengan Firdaus.

Lainlah kalau Wahidah, berzina dengan Dato’ Afnan SEBELUM kahwin dengan Firdaus. Memang haram la hukumnya dinasabkan kepada Firdaus tu. Itu kita panggil istilahnya Pak Sanggup. Hukumnya Haram dalam Islam. Bezakan antara situasi zina sebelum nikah dengan zina selepas nikah.

❤️ Kesimpulan

Saya mohon secara tegas, isu sebegini jangan diambil mudah. Bayangkan berapa ramai yg menonton Drama ini akan mendapat info yg salah disebabkan kesalahan skrip atau penulisan drama yg tak dikaji.

Saya tersangat bimbang, jika selepas ini akan ada lebih ramai orang macam Dato’ Afnan yg sepatutnya tak ada pertalian nasab, tetapi hanya Bapa Biologikal sahaja datang ke rumah & mengaku dia adalah Bapa Kandung. Allahu. Salah besar ni.

Saya pun tak faham, bagaimana drama ini katanya telah disemak oleh JAKIM boleh terlepas pandang isu sebegini. Kalau saya salah buktikan secara sah ikut undang-undang & syarak. Sebab saya menyampaikan pandangan ini berdasarkan kepada keputusan kes yg pernah diputuskan Mahkamah Syariah serta bersandarkan kepada Undang-undang & Syarak.

Bukan ikut sedap tangan saya yg menulis. Saya mohon, buat pembaca artikel ini, panjangkan hingga sampai ke pihak penyiaran utk ambil tindakan selanjutnya. Bimbang ini akan memesongkan pemahaman masyarakat yg tak semua faham. Saya gesa tindakan tegas diambil.

Wallahualam.

Fahmi RamliPeguam Syarie & Konsultan Perundangan IslamTV3 Malaysia

BACA: Unsur ‘New Age’ Dalam Lagu Pelukan Angkasa, Ustaz Beri Pandangan Dan Penjelasan Padu

Sumber & kredit foto: Facebook Fahmi Ramli

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Kontraktor Diajar Teknik Sebutharga Tiruan, Industri Pembinaan Dilihat Penuh Memualkan | Article Update

Penawaran sebutharga sering dilakukan oleh pihak kerajaan sekiranya ingin membuka tender secara terbuka. Peluang tender …

Leave a Reply

Your email address will not be published.