Home / Semasa / AWAS! Hanya Dengan Bawa ‘Laptop’, Geng Tarik Kereta Ini Sedang Aktif Perdaya Orang Ramai | MyBlog

AWAS! Hanya Dengan Bawa ‘Laptop’, Geng Tarik Kereta Ini Sedang Aktif Perdaya Orang Ramai | MyBlog

Mereka yg sering memandu secara berseorangan di lebuh raya dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika ini dari ditipu oleh satu geng tarik kereta.

Dalam satu kejadian yg dilaporkan berlaku beberapa hari yg lepas, modus operandi yg digunakan oleh mereka ialah hanya dengan menggunakan sebuah komputer riba.

Di dalam komputer riba tersebut, mereka kemudiannya mendakwa kononnya nombor pendaftaran kenderaan mangsa terdapat dalam “sistem” mereka yg didapati hanyalah satu paparan perisian Microsoft Excel.

Mereka dipercayai aktif mencari sasaran di stesen-stesen minyak & mengugut utk meminta bayaran atau menarik kereta mangsa bagi “pihak bank” dengan hanya memaparkan nombor pendaftaran kereta mangsa yg terdapat dalam laptop tersebut.

Perkongsian kisah ini dibuat oleh seorang lelaki yg tdk mahu dikenali & hanya menggelarkan dirinya sebagai ‘seorang lelaki botak yg innocent’.

Ikuti perkongsian beliau berikut di Facebook Pengutip Besi Burok utk dijadikan iktibar bersama khususnya buat mereka yg sering memandu berseorangan & juga golongan wanita.

Geng Tarik Kereta

Perhatian kepada pengguna Highway LPT Karak – Gombak, jika anda dihampiri 4 lelaki ini sila berhati-hati.

Sekitar jam 1pm tadi, saya berhenti isi minyak di BHP tol Bentong Hala ke KL, sebuah proton Waja berhenti depan kereta saya & 2 orang daripada mereka turun menuju ke kereta saya.

Dipendekkan cerita, katanya kereta saya ada tunggakan, belum habis bayar. Fuhh tak kenal bare demo ni.

Ni satu penghinaan kepada pengguna kereta Proton yg berusia lebih 20 tahun. Nampak sangat modus operandi nak membongak aka men”scam” seorang lelaki botak yg innocent.

Saya minta surat daripada bank utk tengok bank mana yg keluar surat tu. Katanya surat yillek..tapi nombor plate kereta saya ada dalam sistem dalam laptop dia orang, katanya. So, saya minta nak tengok sistem tu, dia orang ajak pergi dekat kereta Waja Merah (rujuk gambar) dekat hujung pam minyak. Tu yg dalamnya ada 2 orang lagi lelaki iaitu driver & seorang lagi tengah pegang laptop. Ada la tulis nombor plate kereta saya bersama-sama nombor plate kereta-kereta lain dalam bentuk Excel.

Tapi, tak ada ap4-ap4 details berkaitan kereta contoh jenis kereta, cc, tahun, tuntutan daripada bank mana, berapa jumlah hutang etc. Nombor plate je semata-mata, macam baru ditaip pun ada.

Saya cakap, you mau tarik saya punya kereta, you bawalah satu surat bank kasi tunjuk. Kalau you main terjah je kereta orang, lepas tu main tanya kereta bayar ke tak bayar, lepas tu you suruh orang relaks..memang org tak boleh relakslah.

Sebenarnya saya ni bukan berani pun, tapi disebabkan sekarang berimej botak, so bagi la nampak pailang sikit. Lagi pun ni dalam Bentong lagi, ap4-ap4 hal boleh panggil member back up 🤭

Dalam cakap-cakap tu saya sempat snap beberapa gambar, dia orang perasan & suruh saya delete. Saya kata, saya tak nak delete sebab utk keselamatan saya sebab dia orang yg terjah saya dulu.

Saya teruskan perjalanan sambil inform member terdekat tentang kejadian & maklumkan keberadaan saya sekiranya ap4-ap4 berlaku, sebab saya dalam perjalanan ke KL berseorangan.

Nasihat saya, jika berlaku kejadian macam ni, ap4 yg perlu anda buat ialah:

Jangan panik
Jangan serah dulu sama ada kereta atau duit walau diprovoke
Minta surat arahan tarik daripada bank (pastikan bank tersebut adalah bank yg anda bayar loan)
Jika anda takut, terus call polis utk bantu anda

Untuk lebih detail berkenaan Proses Penarikan Kereta oleh Pihak Bank, boleh rujuk dilink bawah ni:

KERETA KENA TARIK(Apa Tindakan Yang Patut Korang Buat)

BACA: Pelaku Langgar Lari Dan ‘Kantoi’ Pusing Cerita, Wanita Ini Kongsi Pentingnya Ada Dashcam Kereta

Sumber & kredit foto: Facebook Pengutip Besi Burok

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Kontraktor Diajar Teknik Sebutharga Tiruan, Industri Pembinaan Dilihat Penuh Memualkan | Article Update

Penawaran sebutharga sering dilakukan oleh pihak kerajaan sekiranya ingin membuka tender secara terbuka. Peluang tender …

Leave a Reply

Your email address will not be published.