Home / Semasa / Pengeluaran Simpanan KWSP – Betul Ke Akan Sebabkan Bank Susah Nak Bagi ‘Loan’ Pada Masa Akan Datang? | MyBlog

Pengeluaran Simpanan KWSP – Betul Ke Akan Sebabkan Bank Susah Nak Bagi ‘Loan’ Pada Masa Akan Datang? | MyBlog

Ramai yg melonjak gembira setelah mendengar pengumuman yg dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Setelah sekian lama menanti bagai sebuah misteri, akhirnya pengeluaran khas sehingga RM10,000 dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini dibenarkan kepada pencarum.

Cahaya Aidilfitri juga kian bersinar apabila KWSP telah mengeluarkan kenyataan bahawa pengeluaran tersebut boleh dibuat oleh pencarum mulai 1 April sehingga 30 April ini.

RM10,000 ini sudah tentu bukan sahaja boleh digunakan oleh mereka yg terdesak utk meneruskan kelangsungan hidup, namun juga oleh ramai yg dah berangan-angan nak shopping macam-macam.

Namun, timbul pula khabar yg kurang enak didengar apabila ada yg mendakwa pengeluaran khas dari simpanan KWSP ini boleh meninggalkan kesan yg buruk kepada pencarum.

Sesiapa yg mengambil peluang utk membuat pengeluaran KWSP kali ini akan dikategorikan sebagai mempunyai “masalah kewangan” oleh pihak bank.

Mereka yg dilabel dalam golongan yg mempunyai masalah kewangan ini pula sudah tentu dianggap tdk stabil dari segi kewangan.

Justeru, kesan buruk ini boleh menyebabkan mereka menemui kesukaran utk mendapat kelulusan dari pihak bank sekiranya mereka ingin memohon sebarang pinjaman pada masa akan datang.

Itulah yg didedahkan oleh seorang pengguna Twitter, @chiccbi yg membuat ciapan berikut:

Majoriti

“FYI, kalau korang keluarkan duit dari KWSP, bank akan cop korang as financially unstable, walaupun korang keluarkan duit itu saja-saja utk shopping & tak ada masalah kewangan pun sebenarnya. Dan bank susah nak bagi loan dekat orang yg ada masalah kewangan,” jelas beliau dengan penuh yakin.

Portal berita Majoriti telah mendapatkan kepastian mengenai hal ini dengan menghubungi Pensyarah Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Abu Sofian Yaacob.

Majoriti

Menurutnya, dakwaan pengguna Twitter yg agak melampau confident tersebut adalah tdk tepat k3rana institusi kewangan di Malaysia mengamalkan polisi rating kredit kepada para peminjam.

“Institusi kewangan mendapatkan rating kredit seseorang individu menerusi Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS) & CTOS.

“Mereka akan meneliti maklumat daripada sistem tersebut, termasuklah sekiranya anda ada buat pinjaman di tempat lain atau diisytiharkan bankrap. Kalau rating kredit anda rendah, susah hendak buat pinjaman.

“Bank tdk akan tahu anda mengeluarkan caruman KWSP atau tdk. Apabila anda membuat pinjaman bank, baru bank boleh mengesan rating kredit anda.

“Malahan tiada polisi bank di negara ini melihat pengeluaran KWSP sebagai petunjuk anda tdk layak membuat pinjaman,” jelas Dr Abu Sofian kepada Majoriti.

Beliau turut menyifatkan individu yg menyebarkan maklumat itu mungkin tdk tahu tentang cara sebenar pinjaman bank diluluskan.

Semoga dengan penjelasan ringkas ini, ramailah yg dapat shopping tanpa rasa bersalah selepas ini.

BACA: Pernah Terfikir Daftarkan Anak Sebagai Ahli KWSP? Ini Caranya

Sumber & kredit foto: Majoriti

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Imam tarawih Masjid Nabawi, Sheikh Mahmood Khalil al-Qari meninggal dunia | Article Update

MADINAH: Imam Masjid al-Qiblatein, di sini, Sheikh Mahmood Khalil al-Qari telah meninggal dunia pada pukul …

Leave a Reply

Your email address will not be published.