Home / Terkini / Tragedi disimbah asid, gadis impikan rawatan pemulihan muka

Tragedi disimbah asid, gadis impikan rawatan pemulihan muka

KUALA BERANG: “Kejadian 1.30 pagi, kira-kira 12 tahun lalu meninggal seribu kenangan yang tidak mungkin terpadam dalam lipatan sejarah hidup saya buat selamanya.

“Dalam kejadian 8 Ogos 2010, ketika saya sedang tidur tiba-tiba wajah saya terasa panas dan sakit selepas terkena asid yang disimbah bapa kandung,” kata Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 20, dari Kampung Sekayu, di sini.

Beliau berkata, walaupun kejadian itu sudah lama berlalu dan bapanya sudah menerima hukuman atas perbuatannya itu, namun dia tidak menyimpan dendam dan sudah memaafkan perbuatan itu.

Katanya, pada peringkat awal kejadian situasi amat sukar kerana perlu menghadapi pelbagai tanggapan negetif selain menjadi tumpuan masyarakat.

DISYORKAN UNTUK ANDA
Lapan kucing tercekik mata kail angkara sikap cuai pemancing
Suami isteri ‘tertinggal’ anak ketika bertukar giliran memandu
‘Mata mengantuk, tak larat lontar dialog’
Suami isteri ditemui mati terkena renjatan elektrik di bilik air

Dia mengakui tidak mempunyai kekuatan moral selepas kejadian itu memandangkan usianya ketika itu baru mencecah lapan tahun.

“Tipu sekiranya tidak malu dengan keadaan seperti ini, namun saya menerima ketentuan yang sudah ditakdirkan oleh Allah dengan hati yang terbuka.

“Bapa selalu datang menjenguk saya dan adik-beradik lain, sekiranya mempunyai masa terluang dan kami sekeluarga juga akrab dengannya yang tinggal di kampung bersebelahan,” katanya.

Katanya, akibat kejadian itu sesekali dia kini akan mengalami masalah sukar bernafas berikutan keadaan hidung yang tidak sempurna.

Katanya, sekiranya diberi peluang untuk mendapatkan rawatan dia masih mahu meneruskannya kerana ingin mengurangkan kesan akibat luka yang berlaku pada wajahnya.

Dahyatul berkata, dalam kejadian itu ibunya, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 40, dan adiknya, Mohd Irfan Firdaus Mat Haizan, 14, turut terkena asid yang disimbah bapanya, namun kecederaan mereka tidak seteruk dirinya.

“Semoga apa yang berlaku kepada diri saya ini menjadi teladan kepada masyarakat di luar sana, supaya tidak mengambil tindakan mengikut nafsu ketika berlaku perselisihan keluarga hingga mendatangkan kecederaan kepada anak-anak,” katanya.

Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 20 bersama adiknya, Mohd Irfan Firdaus 14 membantu ibunya menjual hasil pertanian sambil berkongsi tragedi yang menimpa mereka selepas terkena asid yang disimbah bapa kandung kira-kira 12 tahun lalu di Kampung Sekayu. NSTP/GHAZALI KORI

Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 20 bersama adiknya, Mohd Irfan Firdaus 14 membantu ibunya menjual hasil pertanian sambil berkongsi tragedi yang menimpa mereka selepas terkena asid yang disimbah bapa kandung kira-kira 12 tahun lalu di Kampung Sekayu. NSTP/GHAZALI KORI

About admin2

Check Also

Terima Sokong4n Majoriti Penduduk, Projek Kampung Baru Bernilai RM1.2 Bilion Bakal Diterusk4n

Kecoh sejak beberapa tahun terakhir ini apabila dimaklumkan terdapat .pihak mahu mendapatkan tanah Kampung Baru …

Leave a Reply

Your email address will not be published.