Home / Semasa / Banyak Yang Hanya Merosakkan Minda, Program TV Tempatan Sekarang Dah Tak Macam Dulu-Dulu | MyBlog

Banyak Yang Hanya Merosakkan Minda, Program TV Tempatan Sekarang Dah Tak Macam Dulu-Dulu | MyBlog

Capaian internet yg semakin mudah & pantas pada hari ini sedikit sebanyak mempengaruhi rancangan yg disiarkan di TV.

Dengan hanya menggunakan peranti yg boleh dimasukkan ke dalam poket, orang ramai bebas utk menonton rancangan TV kegemaran mereka di mana-mana sahaja.

Ditambah pula dengan adanya YouTube, Netflix, Viu & sebagainya, rancangan TV turut berubah dengan peredaran masa.

Berbanding dengan era 90-an & awal 2000, stesen TV kini juga dilihat kurang menghasilkan rancangan berkualiti yg dapat membentuk minda & intelektual masyarakat.

Turut ditelan zaman ialah rancangan berbentuk gameshow yg kini seolah-olah telah digantikan pula dengan siri realiti yg kurang mencabar minda.

Seorang pengguna Facebook, Mohd Faizal Zulkifly telah membuat satu hantaran mengenai hal ini & menegur stesen TV pada hari ini yg lebih banyak menyajikan program sampah & merosakkan minda.

Mereka yg membesar dalam era yg sama mesti bersetuju & turut boleh ‘relate’ dengan ap4 yg cuba beliau sampaikan ini.

Stesen TV

STESEN TV PEROSAK MINDA RAKYAT MALAYSIA!

Saya adalah generasi millenial. Generasi millenial (Gen-Y) ini adalah generasi yg dilahir & dibesarkan antara tahun 1980-an hingga 2000.

Di zaman saya membesar, media sosial belum berkembang. Media sosial yg ada pun hanya sekadar utk kegunaan perhubungan asas seperti ‘chatting’ sahaja. Jadi media elektronik (TV, radio) & media cetak (surat khabar, majalah & lain-lain) adalah pengaruh utama dalam membentuk pemikiran Gen-Y seperti saya.

Zaman sekarang, media sosial jadi sumber utama generasi terkini (Gen-Z & Gen-Alpha). Mereka lebih terpengaruh & pemikiran mereka terbentuk dengan ap4 yg mereka lihat di media sosial. Walaupun golongan Gen-Y sekarang seperti saya sendiri lebih banyak melayari media sosial berbanding media konvensional, tetapi pemikiran Gen-Y kurang terpengaruh dengan media sosial k3rana pemikiran Gen-Y telah terbentuk lebih awal.

Di zaman saya membesar, saya banyak menghabiskan masa lapang dengan menonton TV bersama keluarga saya. Antara rancangan yg paling digemari ialah ‘Gameshow’. Pada tahun-tahun 1990-an, cukup banyak gameshow yg bagus utk membentuk intelektual masyarakat di samping memberi hiburan yg sesuai utk seisi keluarga.

Antara gameshow kegemaran keluarga saya yg saya masih ingat ialah Kuiz Perdana Ria, Roda Impian, Who Wants To Be A Millionaire, Joe Jambul, Kosa Kata, Famili Ceria & banyak lagi. Kebanyakan gameshow ini banyak berkisar tentang pengetahuan am, Sains, Matematik, Geografi, Sejarah, Bahasa & lain-lain. Walaupun ada juga gameshow yg bersifat hiburan semata-mata seperti Pop Kuiz, Telebriti & lain-lain, tapi gameshow bersifat intelektual ini tak tenggelam dengannya.

Saya akui, kebanyakan gameshow inilah yg banyak membentuk pemikiran generasi seperti saya & masyarakat Malaysia secara umumnya. Stesen TV pada ketika itu sentiasa datang dengan idea mendidik minda masyarakat sambil berhibur. Mereka sentiasa mencari kandungan-kandungan yg boleh membentuk intelektual masyarakat.

Sejujurnya, saya sudah tak menonton rancangan TV tempatan sejak lebih 10 tahun. Bukan k3rana saya lebih suka rancangan dari luar negara, tapi saya rasa program-program stesen TV tempatan kurang berkualiti & kurang bersifat intelektual. Antara yg saya masih tonton pun ialah Majalah 3, Selamat Pagi Malaysia, Malaysia Hari Ini & warta berita. Itu pun semua rancangan itu sudah wujud puluhan tahun yg lepas.

Program-program TV tempatan baru sejak 10-15 tahun lepas, banyak berkisar tentang hiburan semata-mata. Sangat kurang (atau mungkin tdk ada?), program-program gameshow yg membina intelektual seperti tahun-tahun 1990-an. Semuanya berkisar tentang hiburan, hal ehwal selebriti & benda remeh temeh yg tak menambah ilmu pengetahuan.

Akhirnya, stesen TV jadi kurang berkualiti & gagal memain peranan membentuk intelektual masyarakat. Sepatutnya, stesen TV menjadi pendahulu ke arah menjadikan masyarakat lebih cakna terhadap ilmu pengetahuan, sebaliknya menyajikan program sampah yg merosakkan minda masyarakat.

Anehnya, sudahlah generasi sekarang lebih terpengaruh dengan media sosial yg lebih banyak kandungan yg merosakkan minda masyarakat, stesen TV pula dengan tanpa segan silu mengangkat kandungan itu ke pentas awam dalam program-program utama mereka seperti yg terjadi semalam pada sebuah stesen TV bersifat ‘Islamik’.

Entahlah. Apa lagi nak dikata.

Kecewa.

Mohd Faizal Zulkifly

BACA: Kenapa Konten ‘Sampah’ Dan Mengarut Sering Mendapat Perhatian?

Sumber & kredit foto: Facebook Mohd Faizal Zulkifly

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Bekas isteri bongkar Tegar kerap DM kenalan, ‘jual’ cerita sedih.

Berita penceraian penyanyi Indonesia, Tegar Septian siang tadi agak mengejutkan ramai k3rana dia amat dikenali …

Leave a Reply

Your email address will not be published.