Home / Semasa / Beza Antara Suami ‘Peneman’ Dan ‘Penunggu’ Isteri Di Hospital | MyBlog

Beza Antara Suami ‘Peneman’ Dan ‘Penunggu’ Isteri Di Hospital | MyBlog

Menanti kelahiran bayi di hospital sememangnya merupakan pengalaman yg sangat bermakna utk pasangan suami isteri.

Pada ketika ini jugalah, kehadiran suami di samping isteri memang amat-amat diperlukan demi sama-sama mengharungi waktu yg sungguh kritikal ini.

Namun, kadang-kadang kehadiran suami ini dilihat sebagai tak banyak fungsi & lebih sekadar penyibuk sahaja.

Kononnya mereka ini sanggup datang ke hospital utk sama-sama meneman isteri tetapi sebenarnya sekadar cukup syarat utk tunggu isteri mereka sehingga selesai proses bersalin sahaja.

Berdasarkan pengalaman seorang jururawat di hospital, dakwaan ini didapati agak tepat & ada kebenarannya.

Menerusi satu hantaran di Facebook Hamil Dalam 3 Bulan, seorang penulis yg hanya bergelar Nurse PPUM telah berkongsi kisah suami yg wajar dijadikan contoh peneman sebenar & bukan hanya penunggu semata-mata.

Berikut adalah kisah yg dikongsi oleh beliau utk pengajaran & tatapan bersama pasangan suami isteri yg bakal menyambut kelahiran bayi atau yg dalam perancangan mungkin nak tambah anak tak lama lagi.

Nurse PPUM

Perkongsian Dari Seorang Jururawat

Dalam ramai-ramai husband yg masuk jadi peneman lepas PKP ni, baru semalam jumpa sorang yg berfungsi sebagai peneman.

Masuk bilik tengok isteri bergulung atas katil, dia terus lari pergi kat isteri. Tenangkan isteri, tanya nak air ke tak, nak tukar posisi ke tak, lap peluh isteri, baca doa, zikir.

Bila kita ajar urut belakang isteri, dia terus je buat asalkan dapat bantu kurangkan sakit.

Sepanjang dia masuk teman, tak nampak la dia duduk kat kerusi.

Dia punya risau memang jelas nyata.

Dia punya caring takyah cerita la.

Cakap dengan isteri pun soft je.

Tak tau la sebab faktor umur ke ap4.

Tapi memang boleh puji la.

Tak macam orang lain yg pernah masuk.

Tengok isteri menggelupur, dia jadi batu.

Bila start encourage utk push, dia tak tengok isteri, tapi sibuk dok perhati orang lain buat keje.

Yang jenis camni, dari masuk sampai isteri bersalin, bontot melekat je kat kerusi.

Bak kata Kak Zuri, tu bukan peneman, tu penunggu.

Yang semalam, bila kita ajar cara utk push, husband pun encourage sekali.

Siap puji isteri bila dia push cara yg betul.

“Good job, honey,”

“Bagus sayang,”

Bila nampak kepala baby, dia la yg excited suruh isteri teran kuat lagi, bagi semangat lebih dari kitorang.

“Puan, teran kuat lagi. Geram lagi puan,”

Tiba-tiba si suami pun sambung,

“Marah lagi yg, macam you marah kat I,”

Elok je suami cakap macam tu, 2 kali teran terus baby keluar. 😂

Kredit : Nurse PPUM

Sumber & kredit foto: Facebook Hamil Dalam 3 Bulan

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Larangan Menjual Air Zamzam – Denda Tidak Lebih RM10 Ribu, Penjara Tidak Lebih 2 Tahun | Article Update

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah mengeluarkan satu peringatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.