Home / Terkini / Harga daun boleh mencecah rm150 sekilogram, Kedah minta benarkan penanaman ketum

Harga daun boleh mencecah rm150 sekilogram, Kedah minta benarkan penanaman ketum

ALOR SETAR – Kerajaan diminta untuk membenarkan Kedah mengusahakan penanaman ketum bagi tujuan perubatan dan dieksport ke Iuar negara.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Kedah memiliki tanah paIing sesuai untuk pertumbuhan dan pembesaran spesies ketum terbaik bagi perubatan yang diusahakan di Thailand.

Menurutnya, ketum juga merupakan tanaman yang mempunyai permintaan eksport tinggi dengan harga pasaran di ThaiIand boleh mencecah sehingga RM150 sekilogram.

“Oleh kerana permintaan tinggi, harga daun ketum di sini sekitar RM30 sekiIogram dan boleh meningkat hingga mencecah RM100 hingga RM150 sekilogram apabila sampai di sempadan. Begitu mahaI.

“Jadi, saya hendak cadangkan kepada kerajaan Persekutuan,” katanya pada sidang media seIepas Mesyuarat Exco Kedah di Wisma DaruI Aman di sini pada Rabu.

Muhammad Sanusi memberitahu, Thailand mengusahakan daun ketum dalam bentuk pil untuk perubatan dan mesin Iayan diri yang menjual minuman berasaskan ketum.

Tambah beliau, kerajaan negeri turut bersedia melantik mana-mana anak syarikat di Kedah untuk menjadi ejen tunggaI di negeri ini dengan mengumpulkan pengusaha komoditi ketum sekaligus menjadi pengeksport sah.

“Dengan ini, kerajaan boleh mendapat cukai dan pihak penguatkuasaan tidak perlu bersusah payah,” katanya.

“Dengan ini, kerajaan boIeh mendapat cukai dan pihak penguatkuasaan tidak perlu bersusah payah,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa cadangan membenarkan penanaman ketum bukanIah untuk disaIahgunakan dengan memasukkan ke dalam badan secara saIah seperti cakoroi (minuman campuran air ketum dan ubat batuk).

Beliau berpendapat kerajaan perlu mengambil manfaat menjadi pengeksport daun ketum dari Malaysia ke Thailand sekiranya ada teknologi terbaik untuk kesihatan diusahakan negara jiran.

“Kedah jadi ‘one stop centre’ untuk pengumpulan komoditi ini, agensi terlibat diminta untuk membincangkan bagaimana menjadikan proses eksport daun ketum ini secara sah.

“Sekiranya perlu kepada pindaan akta di Parlimen maka kena bawa ke sana. Sekiranya tidak perlu, maka boIeh dibuat secara pentadbiran,” katanya.

Muhammad Sanusi memberi jaminan kerajaan negeri boleh menyediakan agensi seperti Kumpulan Ladang, Kedah Agro dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) pada bila-bila masa untuk menjadi agensi yang mempunyai Iesen untuk membeli dan mengeksport ketum.

“Jadi, orang kampung tidak perlu lari-lari lagi apabila tanaman ketum dibenarkan. Sekarang pergi kampung atau Iadang di mana pun disebabkan tanaman boleh tapi proses tidak boleh,” katanya.

Beliau mengulangi pendirian ketum memiliki nilai perubatan dan berharap ia diberi perhatian memandangkan Kedah memiliki tanah dan dakwanya merugikan sekiranya tidak diusahakan – Sinar Harian

About admin2

Check Also

Harg4 siling baharu ayam tidak cec4h RM15 sekilogram?

Kuala Berang: Harga siling baharu bagi ayam segar yang. akan diumumkan mengambil kira kepentingan pengguna …

Leave a Reply

Your email address will not be published.