Home / Semasa / Kak Long 7E’ perlu buat permohonan maaf secara rasmi, terbuka

Kak Long 7E’ perlu buat permohonan maaf secara rasmi, terbuka

JOHOR BAHRU – Wanita yg mempersendakan golongan orang kelainan upaya (OKU) dalam media sosial baru-baru ini didesak utk membuat permohonan maaf secara rasmi & terbuka berhubung tindakannya itu.

Presiden Persatuan Sokongan Kebajikan Wawasan OKU Johor Bahru, Jamaluddin Abdul Malik berkata, tindakan tegas juga perlu diambil terhadap wanita berkenaan.

Menurutnya, hal itu agar perbuatan mempersendakan golongan OKU tdk lagi berulang pada masa depan.

“Tindakan wanita yg dikenali sebagai ‘Kak Long 7E’ itu tdk beradab k3rana mempersenda golongan OKU, dia perlu tahu bukan kami minta dilahirkan seperti ini. Tindakan dia telah mengguris perasaan kami.

“Sehubungan itu kami mendesak wanita itu utk membuat permohonan maaf secara terbuka, secara rasmi & bukannya melalui media sosial & sambil duduk di dalam kereta sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis berhubung wanita berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, Pasir Gudang di sini hari ini.

Jamaluddin turut memberitahu, laporan polis & juga desakan agar wanita berkenaan membuat permohonan maaf secara rasmi itu juga merupakan satu pengajaran.

“Kami berharap selepas ini tiada lagi mana-mana individu yg bersikap biadap dengan mempersendakan golongan OKU, seharusnya perkara ini menjadi pengaratan kepada semua pihak.

“Selain itu, kami turut memohon Senator Dewan Negara mewakili OKU, Datuk Ras Adiba Mohd. Radzi utk mengutarakan perkara ini kepada peringkat lebih tinggi,” ujarnya lanjut.

Terdahulu, tular video berdurasi 31 saat yg memaparkan wanita berkenaan melakukan mimik muka & perwatakan memperlekehkan golongan OKU.

Laporan polis ini merupakan yg pertama di Johor & ketiga dibuat terhadap wanita berkenaan selepas laporan polis lain di Subang Jaya & Kuala Terengganu, sebelum ini.

Sumber:Kosmo

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Pengguna Kereta Baru Berhati-Hati Dengan Pusat Servis Kereta. Jika Tidak, Anda Bakal Ditarah Hidup-Hidup | Article Update

Semenjak kerajaan memberi pelepasan cukai utk pembelian kereta baharu, ramai yg tdk melepaskan peluang ini. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.