Home / Semasa / Kanak-kanak lelaki lemas, kereta terbabas ke dalam tali air

Kanak-kanak lelaki lemas, kereta terbabas ke dalam tali air

ANGGOTA bomba mencari dan menyelamat kanak-kanak yang dilemas selepas terperangkap dalam kereta, selepas kenderaan yang dinaiki bersama ibunya terbabas ke dalam tali air di Kilometer 32 Jalan Bota Kiri-Ulu Dedap dekat Kampung Gajah. Foto Bomba/ Facebook Bernama Radio

IPOH, 17 Mac – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemukan lemas akibat terperangkap di dalam kereta, selepas kenderaan yang dinaikinya itu terbabas ke dalam tali air di Kilometer 32 Jalan Bota Kiri-Ulu Dedap dekat Kampung Gajah.

 

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Barudin Wariso berkata dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, mangsa Muhamad Harith Sulayman Mohd Hanis disahkan meninggal dunia, manakala ibunya, 30, serta adik perempuannya, 4, tidak mengalami kecederaan.

 

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Honda City yang dipandu ibunya dalam perjalanan dari Malim Nawar ke Ulu Dedap, telah hilang kawalan akibat terlanggar air bertakung, lalu terbabas ke kanan jalan dan masuk ke tali air,” katanya dalam satu kenyataan malam ini (malam tadi).

 

Barudin berkata mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat.

 

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya berjaya menemukan mangsa pada pukul 8.12 malam tadi.

 

“Setibanya jentera di lokasi kami mendapati sebuah kereta dinaiki tiga mangsa tersebut terbabas ke dalam tali air berkedalaman 3.65 meter. Bagaimanapun ibu dan adik perempuannya (Muhamad Harith Sulayman) telah diselamatkan oleh orang awam terlebih dahulu,” katanya.- BERNAMA

 

Kredit : Melaka Hari Ini

About admin2

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.