Home / Semasa / Lulu cadang labur RM420 juta di Melaka

Lulu cadang labur RM420 juta di Melaka

DUBAI 17 Mac – Lulu Group International, konglomerat dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), mencadang melabur RM420 juta untuk membuka rangkaian pasar raya dan pusat eksport di Melaka dalam masa tiga tahun.

 

Ketua Pegawai Operasi Lulu, Saleem V.I, berkata pelaburan tersebut meliputi kos beberapa hypermarket dan pasar raya di seluruh Melaka dalam dua atau tiga tahun akan datang.

 

Bercakap kepada para wartawan semasa lawatan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali ke pejabat Lulu di sini, beliau berkata pusat eksport itu akan membeli produk pertanian dan lain-lain barangan di Melaka untuk dijual ke rangkaian Lulu di seluruh dunia.

 

“Untuk Melaka, kita akan melabur sebanyak US$100 juta (RM420 juta), bukan hanya rangkaian runcit, tetapi juga pusat logistik untuk mengeksport produk pertanian,” katanya.

 

“Satu tim (team) dari Lulu akan melawat Melaka tidak lama lagi untuk meninjau lokasi yang sesuai,” katanya.

 

Kerajaan Melaka amat mengalu-alukan keputusan Lulu untuk melabur di Melaka bagi membantu membuka peluang pekerjaan dan membawa perubahan kepada lanskap peruncitan di negeri itu.

 

Sulaiman berkata Melaka adalah destinasi pelaburan yang sesuai untuk Lulu, yang juga menawarkan peluang perniagaan kepada petani dan pengusaha industri kecil dan sederhana.

 

Lulu sudah merancang membuka 15 rangkaian pasar raya jenama Lulu dalam tempoh tiga tahun akan datang di seluruh Malaysia.

 

Sebagai permulaan pada 2021, kumpulan itu membuka empat rangkaian cawangan baharu di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

 

Exco Kanan Pelaburan, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata Lulu, yang mempunyai 227 stor runcit di seluruh dunia, memang berminat untuk meluaskan operasi ke Melaka.

 

Beliau berkata pihak Invest Melaka sedang meninjau beberapa lokasi yang sesuai untuk Lulu d Melaka.

 

“Kerajaan negeri Melaka mengalu-alukan apa yang telah diputuskan dalam perbincangan awal untuk membawa pasar raya Lulu ke Melaka.

 

“Mereka juga bersungguh-sungguh untuk memperkembangkan perniagaan mereka dan memilih Melaka sebagai salah satu destinasi,” katanya.

 

Lulu memperolehi US$8 bilion pendapatan setahun dan mempunyai 57,000 kakitangan di seluruh dunia.

 

Kredit : Melaka Hari Ini

About admin2

Check Also

Sering Jalinkan Kerjasama Dgn Bekas Kekasih” Tak Sangka Ini Respon Isteri Awie.

Profesional. Mungkin kalimat itu yg tersemat dalam jiwa penyanyi Datuk Awie apabila perlu bekerjasama dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.