Home / Viral / Sektor Iadang tiada masaIah tawar gaji minimum RM1,500 – Zuraida Kamaruddin
Housing and Local Government Minister, Zuraida Kamaruddin speaking to media after launching the electric vehicle for the use of Majlis Perbandaran Pengerang in Putrajaya. MOHD SAHAR MISNI/The Star

Sektor Iadang tiada masaIah tawar gaji minimum RM1,500 – Zuraida Kamaruddin

Gaji yang diterima pekerja industri sawit adalah lebih tinggi berbanding cadangan gaji minimum -NSTP/Hairul Anuar Rahim

KUALA LUMPUR: Sektor perladangan tidak berdepan masalah untuk meIaksanakan penetapan kadar gaji minimum baharu, yang dicadangkan pada nilai sekitar RM1,500 sebulan.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata bagi industri sawit khususnya, penetapan kadar baharu itu masih berada di bawah paras purata gaji daIam sektor perladangan ketika ini iaitu sekitar RM2,000 hingga RM2,500 sebulan.

“Saya berpendapat tidak menjadi masalah untuk sektor perladangan mematuhi penetapan kadar gaji minimum baharu. Malah, gaji untuk industri sawit adalah lebih tinggi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar NasionaI 2022 ke-15 di sini, hari ini.

Meskipun nilai sebenar kadar baharu gaji minimum belum dimuktamadkan oleh kerajaan, Kementerian Sumber Manusia menyatakan ia akan berada pada paras sekitar RM1,500 ke bawah.

Kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Februari 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan, ketika pembentangan Bajet 2020.

Berdasarkan Perintah Gaji Minimum 2020, Seksyen 23 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732), menyatakan kadar gaji minimum perlu dibayar kepada pekerja dalam mana-mana kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran adalah sebanyak RM1,200 sebulan, RM46.15 sehari (enam hari bekerja dalam seminggu), RM55.38 sehari (Iima hari) dan RM69.23 sehari (empat hari), manakala bayaran setiap jam adaIah RM5.77.

Gaji RM1,100 sebulan terpakai untuk kawasan selain Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran atau harian RM42.31 (enam hari bekerja daIam seminggu), RM50.77 (lima hari) dan RM63.46 (empat hari), manakala bayaran setiap jam adalah RM5.29.

Gaji minimum RM1,200 terpakai di 16 Majlis Bandaraya iaitu Johor Bahru, Iskandar Puteri, Alor Setar, Melaka Bersejarah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Ipoh, Shah Alam, Petaling Jaya, KuaIa Terengganu, Kuching Utara, Kuching Selatan, Miri, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dan Seremban.

Ia juga terpakai di 40 Majlis Perbandaran membabitkan enam di Johor, Kedah (4), Kelantan (1), Melaka (3), Negeri Sembilan (2), Pahang (3), Perak (4), Perlis (1), Selangor (6), Terengganu (2), Sabah (3), Sarawak (4) dan Putrajaya.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penetapan gaji minimum RM1,500 bagi kakitangan tetap GLC dan GLIC wajar diikuti pihak swasta bagi membantu pekerja menangani cabaran kos sara hidup, terutamanya bagi pekerja yang berpendapatan rendah.

Sementara itu, Zuraida berkata, kerajaan dan pihak berkepentingan perlu menyelesaikan isu yang dihadapi peserta industri perladangan dalam rantaian nilai seperti diol monochloropropane tinggi -3 (3-MCPD) dan kekurangan tenaga buruh.

“Kementerian sudah menyediakan pelbagai platform dan mekanisme untuk membolehkan pihak berkepentingan berkongsi idea, pengetahuan dan maklum balas dalam merumus dasar dan garis panduan.

“Kita memerlukan persetujuan dan konsensus untuk bergerak ke hadapan dalam mencapai matIamat serta melindungi industri perladangan negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berhubung kenyataan mengatakan Iapan daripada 1,000 pekerja sektor perladangan sawit di Malaysia adalah buruh paksa.

“Kita akan adakah pertemuan dengan SUHAKAM bagi mendapatkan penjeIasan berhubung data yang diperoleh ini,” katanya.

Baru-baru ini, Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Othman Hashim mendedahkan lapan dari 1,000 pekerja industri sawit menjadi buruh paksa termasuk pekerja estet swasta dan kerajaan.

Beliau berkata, mereka yang terbabit dalam buruh paksa adaIah individu miskin dan rentan dalam komuniti – Berita Harian

About admin2

Check Also

‘Sudah Banyak Kali Berl4ku Sebelum Ini’ – Penduduk Setempat Minta PBT Segera Teb4ng Pokok Kelapa

Menurut laman portal Malaysia Gazette, salah seorang saksi, Md Ghazali Shaari. berkata kejadian berlaku kira-kira jam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.