Home / Viral / Lebuh Raya Di Jepun Yang Rosak Teruk Akibat Gempa Bumi Siap Dibaiki Kurang 16 Jam

Lebuh Raya Di Jepun Yang Rosak Teruk Akibat Gempa Bumi Siap Dibaiki Kurang 16 Jam

Satu gempa bumi kuat berukuran pada 7.4 skala Richter di timur laut Jepun lewat malam Rabu lalu telah menyebabkan tiga orang maut dan lebih 180 lagi cedera di 12 wilayah.

Kejadian itu juga telah menyebabkan banyak jalan raya yang rosak sehingga menyukarkan pergerakkan orang awam. Salah satu lebuh raya yang terjejas ialah Tohoku Expressway yang terpaksa ditutup kepada orang ramai kerana sudah berlaku keretakkan sepanjang 100 meter.

 

Bagaimanapun, NEXCO (Nippon Expressway Company), syarikat yang bertanggungjawab menyelenggara lebuh raya di sekitar Jepun telah mengejutkan pengguna internet seluruh dunia.

Ini kerana syarikat tersebut mengambil masa yang sangat singkat untuk membaiki permukaan lebuh raya yang rosak itu. Kerosakan dipercayai mula berlaku pada pukul 11.36 malam Rabu (semasa gempa bumi berlaku) dan kerja-kerja baik pulih pula sudah siap kira-kira pukul 3.30 petang pada keesokkan harinya.

Ciapan syarikat penyelenggara lebuh raya itu ternyata membuatkan warganet berasa kagum kerana dalam masa 15 jam 54 minit sahaja, lebuh raya tersebut boleh digunakan semula buat orang ramai untuk sementara waktu ini.

Walaupun syarikat penyelenggara tersebut berjaya membaik pulih dalam masa yang singkat, mereka tetap mengucapkan permintaan maaf atas kesulitan yang berlaku walaupun insiden itu terjadi disebabkan bencana alam.

 

 

 

 

 

Sebelum ini Jepun pernah membaiki jalan runtuh sedalam 30 meter dalam masa 48 jam sahaja. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

About admin2

Check Also

Meninggal Ketika Melahirkannya, Bayi 4 Bul4n Naik Pentas Wakili Arw4h Ibu Ambil Ijazah

Meninggal Ketika Melahirkannya, Bayi 4 Bulan Naik Pentas. Wakili Ibu Ambil Ijazah Kehilangan salah seorang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.