Home / Semasa / ‘Miss Malaysia’ Tak Batak Jadi Rakyat Negara Malaysia, Berharap Dilahirkan di Negara China

‘Miss Malaysia’ Tak Batak Jadi Rakyat Negara Malaysia, Berharap Dilahirkan di Negara China

Salah seorang daripada finalis Miss Malaysia, Abby Lee teruk dikecam setelah beberapa siri kenyataan yang mengundang kritikan ramai telah menjadi tular di media sosial.

“Saya menyertai ini (Miss International Malaysia (MIM)) hanyalah untuk kepentingan saya. Bukan kerana saya cintakan negara saya.

 

Mereka yang rapat dengan saya tahu bahawa saya tak pernah ambil berat mengenai Malaysia.

 

Saya tidak pernah menganggap diri saya sebagai rakyat Malaysia dan sentiasa mahu berhijrah.”

Abby juga didakwa pernah menyatakan kekesalannya kerana tidak dilahirkan di negara China atau Jepun yang lebih maju berbanding Malaysia.

 

Ia selepas insiden yang melibatkan dia bersama seorang jurugambar yang telah mengambil fotonya dengan kualiti yang tidak baik semasa acara berlangsung.

 

Tidak lama kemudian, Abby tampil membuat kenyataan balas di mana dia mendakwa tuduhan yang dilemparkan terhadapnya adalah palsu.

Selain itu dia turut menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai niat jahat dan turut memohon maaf kepada mereka yang terkesan dengan kelakuannya itu.

 

Kredit – Beautifulnara

About admin2

Check Also

Gagal Kawal Emosi Ketika Jawab Soalan, Sifu Bisnes ‘Disekolahkan’ Oleh Netizen | Article Update

Seorang sifu bisnes terkemuka yg bertaraf jutawan & mempunyai ribuan pengikut telah ditegur oleh seorang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.