Home / Semasa / PENGARAH SEBENAR DRAMA ‘PEREMPUAN ITU’ TAMPIL BERSUARA MINTA HENTI K3CAM ERMA FATIMA, DIA JUGA BERITAHU BILA DRAMA INI AKAN DI TAYANGKAN KAT TV

PENGARAH SEBENAR DRAMA ‘PEREMPUAN ITU’ TAMPIL BERSUARA MINTA HENTI K3CAM ERMA FATIMA, DIA JUGA BERITAHU BILA DRAMA INI AKAN DI TAYANGKAN KAT TV

BELUM pun ditayangkan, drama Perempuan Itu sudah menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial selepas pelakon utama Zul Ariffin berkongsi sedutan babak panas bersama aktres Siti Hariesa di laman Instagram miliknya.

Tampil menjawab kontroversi berkenaan, pengarah iaitu Ain Sharif menjelaskan adegan yg bocor itu merupakan rakaman kedua yg mungkin tdk ditayangkan di televisyen.

“Ya! Saya yg mengarahkan babak itu… adegan yg Zul kongsi itu adalah scene director cut yg mungkin tdk akan ditayangkan di televisyen. Apa yg netizen tonton itu rakaman second version jika sesuai utk digunakan & sekadar utk tujuan publisiti.

“Saya tak tahu pula Zul akan berkongsi babak itu di Instagram. Saya pun terkejut bila dapat tahu orang bercakap tentang hal ini tapi benda pun dah jadi, sebagai pengarah saya kena ambil tanggungjawab ini.

“Sebenarnya adegan intim begitu tak sampai 10 peratus pun dalam drama ini. Babak berkenaan dihasilkan utk menggambarkan karakter Sera iaitu lakonan Siti Hariesa sebagai isteri kedua Emir (Zul Ariffin),” katanya ketika dihubungi mStar.

Pada malam Jumaat, Instagram Zul diserang netizen selepas dia memuat naik babak panas drama lakonannya itu di laman sosial berkenaan.

Video memperlihatkan Zul mendukung Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan & tdk sesuai utk tayangan masyarakat di negara ini.

Bukan sahaja dikecam netizen, malah video itu turut menarik perhatian pendakwah termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Senator Datuk Idris Ahmad yg turut menegur babak panas berkenaan.

Dalam pada itu, Ain berkata sebagai pengarah dia hanya menjalankan amanah & tanggungjawab sebaik mungkin bagi memastikan mesej serta jalan cerita drama berkenaan sampai kepada penonton.

“Sebelum penggambaran pun kita dah berbincang dengan pelakon & mereka okay utk lakonkan babak begitu. Kita buat rakaman second version itu bertujuan utk menjadikan drama lebih menarik tapi semuanya terpulanglah kepada stesen nak pakai atau tdk.

“Saya hanya jalankan tugas sebagai pengarah & berharap mesej cerita ini sampai kepada penonton sebab ap4 yg ditonjolkan dalam drama itu memang berlaku di sekeliling kita.

“Saya sedar ada sesetengah babak agak sensitif utk penonton tapi mereka kena tengok dahulu & fahamkan jalan cerita, baru mereka tahu ap4 yg kami cuba sampaikan, sebenarnya banyak mesej positif dalam drama ini,” ujarnya.

Bukan hanya nama Zul Ariffin menjadi trending di laman Twitter, malah nama penerbit Erma Fatima turut menjadi sebutan netizen k3rana disangka merupakan pengarah drama berkenaan.

“Ingin saya jelaskan, babak dalam drama ini tak ada kaitan dengan mama (panggilan utk Erma). Dia penulis skrip & saya menvisualkan karakter mengikut penulisannya… semasa penggambaran pun Kak Erma berulang kali pesan jangan buat (aksi) daring sangat nanti tak boleh keluar televisyen.

“Dia tahu akan ada babak mereka bersama tapi tak jangkalah saya akan terjemahkan dalam bentuk begitu. Jadi tak wajarlah netizen kecam Kak Erma k3rana babak itu adalah arahan saya,” katanya.

Selain Ain, drama 30 episod ini turut diarahkan oleh pengarah terkenal Isma Yusof.

Drama Perempuan Itu lakonan Zul Ariffin, Mimi Lana & Siti Hariesa ini akan ditayangkan pada bulan Ramadan ini di TV3.

SUMBER:MSTAR

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Kerajaan Digesa Laksanakan GEG Arak Dan Judi Terlebih Dahulu, Baru Rokok Dan Vape | Article Update

Langkah kerajaan utk memperkenalkan Dasar Penamat Generasi atau Generational End Game (GEG) yg bertujuan utk …

Leave a Reply

Your email address will not be published.