Home / Makanan / Resepi Ayam Masak Tomato

Resepi Ayam Masak Tomato

Resepi Ayam Masak Tomato

 

Bahan-bahan Resepi Ayam Masak Tomato :

1 biji bawang besar dibelah 6*goreng

1 biji bawang besar,

3 ulas bawang putih,

1/2 inci halia,

10 tangkai cili kering yang direbus dulu dikisar

6 sudu besar sos cili

3 sudu besar sos tomato & 2 sudu sos tiram

1 biji tomato dibelah 6

1 ekor ayam dipotong 12

Daun sup di racik

Garam, gula & perasa

 

Cara-caranya:

Goreng ayam (muda-separuh garing).angkat, tos & asingkan. Goreng pula bawang yang dibelah 6 hingga garing. Angkat dan satukan bersama ayam tadi.

Keluarkan sedikit minyak dari gorengan tadi, tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga betul-betul garing cili.

Kemudian masukkan sos tiram, sos cili & sos tomato bersama separuh cawan kecil air. Biar mendidih, tambah garam, perasa & gula.

Masukkan ayam bersama tomato & bawang yang digoreng td. Gaul sebati dan tabur daun sup. Gaul lagi daun sup biar wangi.

Siap dan hidangkan bersama nasi.

 

Kredit Resepi #amirahinthekitchen

About admin2

Check Also

Resepi Masak Lemak Cili Api Cendawan Kukur

RESEPI MASAK LEMAK CILI API CENDAWAN KUKUR Bahan2 2 cawan kulat sisir / kulat kukur …

Leave a Reply

Your email address will not be published.