Home / Viral / Selepas COVID-19, China Dilaporkan Kembali Diserang Wabak Selsema Burung H5N6

Selepas COVID-19, China Dilaporkan Kembali Diserang Wabak Selsema Burung H5N6

Seperti ramai sedia maklum, hampir seluruh dunia sedang berperang dengan wabak COVID-19 yang semakin menular dengan pantas menerusi varian Omicron.

Negara China yang sebelum ini pernah merekodkan angka kes yang rendah turut kembali meningkat baru-baru ini sekaligus terpaksa menjalankan perintah lockdown di beberapa wilayah di negara berkenaan.

SUMBER: THE NEW YORK TIMES

Terbaharu, negara China dilaporkan tidak hanya diserang COVID-19, malah wabak selsema burung H5N6 yang mulai dikesan sekitar sedekad lalu kembali menyerang manusia di mana 17 kes keseluruhan telah direkodkan di negara berkenaan.

Kes terbaharu melibatkan seorang wanita berusia 51 tahun dari Nanchang, Jiangxi selepas mengalami sakit teruk dan disahkan positif wabak itu. Menurut Jabatan Kesihatan Hong Kong, wanita itu mula bergejala sejak 20 Februari lalu selepas terdedah dengan ternakan ayam hidup. Wanita itu dimasukkan ke hospital tiga hari selepas itu dan berada dalam keadaan kritikal.

Maklumat lanjut mengenai kes itu tidak diumumkan oleh Kerajaan China, kerana pengumuman kes baharu kebiasaannya mengambil tempoh yang panjang. Sehingga kini masih belum diketahui apakah alasan China mengambil masa selama tiga bulan setengah untuk melaporkan kes tersebut.

SUMBER: ABC NEWS

Wabak ini merekodkan angka kes yang rendah setakat ini iaitu sebanyak 76 individu disahkan dijangkiti selesema burung H5N6 sejak kes pertama dilaporkan. Walau bagaimanapun, penularan wabak ini masih lagi menjadi kerisauan buat orang ramai. Tahun ini sahaja sebanyak 17 kes baharu direkodkan dengan lima kes kematian dilaporkan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), selesema burung H5N6 menyebabkan penyakit teruk kepada manusia tidak kira peringkat umur dan membunuh separuh daripada individu yang dijangkiti. Difahamkan tiada kes penularan daripada manusia ke manusia disahkan setakat ini.

Tular pada minggu lalu apabila ribuan pelancong Rusia dilaporkan bergelut tinggalkan Thailand selepas berdepan masalah kad kredit disekat berikutan sekatan ekonomi yang dikenakan.

About admin2

Check Also

Meninggal Ketika Melahirkannya, Bayi 4 Bul4n Naik Pentas Wakili Arw4h Ibu Ambil Ijazah

Meninggal Ketika Melahirkannya, Bayi 4 Bulan Naik Pentas. Wakili Ibu Ambil Ijazah Kehilangan salah seorang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.