Home / Semasa / UKM Memperkenalkan 2 Buah Kenderaan Hidrogen

UKM Memperkenalkan 2 Buah Kenderaan Hidrogen

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini memperkenalkan dan melancarkan dua buah kenderaan hidrogen, yang mana dibangunkan melalui pengubahsuaian terhadap kenderaan elektrik.

 

Dua kenderaan yang diperkenalkan berkenaan adalah kereta bugi untuk golf yang dibangunkan bersama Petronas, selain kereta SUV hibrid versi mini dengan kerjasama syarikat Myrenergy.

UKM menjayakan perkara ini dengan membangunkan sistem sel fuel hidrogen – sekaligus meningkatkan lagi kecekapan pengoperasian kenderaan.

 

Melalui kenderaan SUV, ia menggunakan kenderaan hibrid sel fuel dan bateri dengan nisbah 0.5 yang mana setiap sumber kuasa mampu mencapai kapasiti sehingga 10 kW, membolehkan kenderaan bergerak lebih jauh dari jarak perjalanan asal.

Kenderaan berasaskan hidrogen dilihat alternatif lebih mesra alam berbanding petrol – dengan masa pengisian dan gantian bahan bakar lebih pantas berbanding penggunaan kenderaan elektrik.

UKM juga mengatakan pelancaran kenderaan sel fuel hidrogen ini merupakan tanda sokongan dan komitmen UKM tehradap Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon (LCMB) 2021-2030 Malaysia, sekaligus membolehkan Malaysia mencapai negara neutral karbon seawal tahun 2050.

 

Kredit : Amanz Network

About admin2

Check Also

(VIDE0) Pelajar Tinggal Bawah Jambatan Tepi Sungai Undang Seb4k Netizen

(VIDEO) Pelajar Tinggal Bawah Jambatan Tepi Sungai Undang Sebak Netizen Keadaan sebegini amatlah pɛrit utk …

Leave a Reply

Your email address will not be published.