Home / Semasa / Ekonomi negara terus berkembang sejak UMNO teraju semula kerajaan

Ekonomi negara terus berkembang sejak UMNO teraju semula kerajaan

KUALA LUMPUR – Semenjak UMNO menerajui semula kerajaan, ekonomi Malaysia terus berkembang sebanyak 3.6 peratus pada suku keempat berban­ding menguncup 4.5 peratus pada suku ketiga tahun 2021

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah eksport negara pula me­ningkat sebanyak RM28.2 bilion pada Ogos hingga Disember lalu di samping pengukuhan ekonomi ini disokong dengan

aliran masuk Pelaburan Terus Asing (FDI).

“Sokongan aliran FDI ini adalah sebanyak RM24.7 bilion pada suku tahun keempat berban­ding RM12.8 bilion bagi suku ketiga. Inilah bukti keyakinan para pelabur luar negara terhadap kerajaan pimpinan UMNO.

“Bukan itu sahaja, program Peluang Jamin Kerja Keluarga Malaysia yg dikhaskan kepada belia yg dijalankan telah membuahkan hasilnya dengan banyak peluang pekerjaan berjaya di­cipta, kadar pengangguran me­nurun kepada 4.2 peratus berban­ding 4.6 peratus pada Ogos 2021.

“Sebanyak 558,000 pencari kerja berjaya mendapat penempatan pada tahun 2021 melebihi sasaran menyediakan 500,000 peluang pekerjaan,” jelasnya ketika ucapan penggulungan Persidangan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) semalam.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, sejak Barisan Nasional (BN) kembali memimpin kerajaan, sudah banyak kejayaan yg dicapai, paling penting ba­ginya adalah menunaikan ketetapan yg dimahukan parti.

“Alhamdulillah, semua perkara yg diputuskan oleh Mesyua­rat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 27 Ogos 2021, telah saya laksanakan dengan dokongan rakan-rakan Kabinet UMNO.

“Antaranya, kes kematian anggota bomba, arwah Muhammad Adib Mohd. Kassim pada November 2018 lalu kini sedang disiasat secara menyeluruh & telus serta diberikan pembelaan sewajarnya dengan jawatankuasa khas siasatan telah membentangkan laporan interim pada 15 Mac lalu,” katanya.

Jelas Naib Presiden UMNO itu lagi, siasatan tersebut telah menjadi bukti bahawa kerajaan pimpinan UMNO & BN tdk pernah lupa & akan terus berjuang memastikan nasib rakyat terus terbela.

“Walaupun siasatan masih berjalan tetapi kerajaan telah pun membayar ‘ex-gratia’ berjumlah RM1.5 juta kepada keluarga arwah pada 29 November 2021. Inilah bukti kesungguhan UMNO dalam membela nasib rakyat.

“Bukan itu sahaja, beberapa penyelewengan yg berlaku dalam kerajaan sebelum ini antaranya Tabung Haji serta penyelewengan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas akan terus disiasat secara telus & jika disabitkan kesalahan hukuman akan diambil,” jelasnya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, tanpa sokongan semua pihak termasuk Majlis Kerja Ter­tinggi (MKT) UMNO beliau tdk akan berdiri di sini ketika ini.

“Jati diri saya adalah jati diri UMNO. Siapalah Ismail Sabri tanpa tuan-tuan & puan-puan. Sebab itu saya tdk akan membiarkan obor perjuangan UMNO malap, tapi terus menyala & membakar semangat perjuangan kita bersama.

“Oleh itu, ap4 saja keputusan kita dalam Kabinet, saya akan pastikan pandangan & suara UMNO diberikan keutamaan, demi menjaga kepentingan rak­yat, suka saya tegaskan, saya orang parti! Darah saya darah UMNO! Perjuangan saya adalah utk UMNO!” katanya.

Menyentuh berkenaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)Ahli Parlimen Bera itu berkata, keputusan bubar Parlimen bakal diputuskan oleh top five mereka & tdk akan dilambatkan jika keya­kinan sudah menjelma.

“Jika kita yakin dengan kemenangan, kita tdk akan tunggu satu saat pun utk membubarkan Parlimen bagi mengadakan PRU-15, Saya mendengar dengan tekun & memahami kehendak tuan-tuan & puan-puan sekalian. Kalau dipersetujui beri saya (masa) bersama Presiden, Timbalan Presiden & Naib-Naib Presiden UMNO atau top five utk bincang perkara ini.

“Insya-Allah kita cuba di atas ini supaya Barisan Nasional (BN) jadi parti dominan semula. Kita akan rapatkan saf kepimpinan bersama para perwakilan & pemimpin peringkat di akar umbi. InsyaAllah kemenangan di tangan UMNO & BN,” katanya.

Sumber:Kosmo

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Gagal Kawal Emosi Ketika Jawab Soalan, Sifu Bisnes ‘Disekolahkan’ Oleh Netizen | Article Update

Seorang sifu bisnes terkemuka yg bertaraf jutawan & mempunyai ribuan pengikut telah ditegur oleh seorang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.