Home / Terkini / Hampir Genap Setahun Insiden Terusan Suez, Kini ‘The Ever Forward’ Pula Tersangkut Di Teluk Chesapeake

Hampir Genap Setahun Insiden Terusan Suez, Kini ‘The Ever Forward’ Pula Tersangkut Di Teluk Chesapeake

Pada 23 Mac akan datang, maka genaplah setahun insiden kapal kontena ‘The Ever Given’ tersangkut di Terusan Suez sehingga menyebabkan kerugian mencecah berbilion ringgit untuk setiap satu jam.

Terbaharu, sebuah lagi kapal kontena milik Evergreen, ‘The Ever Forward’ dilaporkan telah tersangkut berhampiran pelabuhan Baltimore Amerika Syarikat sejak malam Ahad lalu.

Insiden tersebut berlaku apabila meninggalkan Pelabuhan Baltimore pada malam Ahad dalam perjalanan ke Norfolk, Virginia, sebelum terkandas di Teluk Chesapeake.

 

Jurucakap menyatakan bahawa tiada kecederaan, pencemaran minyak tumpah atau kerosakan pada kapal terjadi selepas insiden itu berlaku. Pengawal pantai sedang menyiasat jika kegagalan mekanikal menjadi penyebab kapal kontena terbabit terkandas.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Evergreen, syarikat tersebut sudah melantik ‘Donjon Smit’ (pakar penyelamat insiden di lautan) untuk menyertai operasi menyelamat kali ini. Sepasukan pakar berada di tempat kejadian untuk menilai keadaan kapal, berat kargo di atas kapal dan julat pasang surut di lokasi di Teluk Chesapeake.

“Maklumat ini akan digunakan untuk mereka bentuk pelan yang berkesan untuk mengapungkan semula ‘The Ever Forward’. Sebaik sahaja pelan itu diluluskan oleh pihak berkuasa yang berwibawa, kami akan segera melaksanakannya,” petik kenyataan rasmi Evergreen.

Sementara itu, klik pautan di bawah untuk baca kronologi kejadian The Ever Given terkandas di Terusan Suez yang berlaku pada bulan Mac tahun lalu.

About admin2

Check Also

Ainul Ditidurkan, Say4 Redha, Dah Halalkan An4k Saya – Bapa Ainul

Ainul Mardhiah sebelum ini yang disahkan mengalami jangkitan di seluruh badan. kini terpaksa dipasangkan alat …

Leave a Reply

Your email address will not be published.