Home / Semasa / Terima Pampasan 1.5j Dari Kerajaan Malaysia,Akhirnya Bapa Kepada Arwah Adib Bersuara,Ini Kata Kata Beliau

Terima Pampasan 1.5j Dari Kerajaan Malaysia,Akhirnya Bapa Kepada Arwah Adib Bersuara,Ini Kata Kata Beliau

“Wang itu akan digunakan utk saham akhirat arwah,” kata Mohd Kassim Abdul Hamid, 66, bapa kepada Allahyarham Muhammad Adib, anggota bomba yg meninggal dunia dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya pada 2018.

Mohd Kassim berkata, selain disumbangkan atas nama arwah, sebahagian daripada wang pampasan berjumlah RM1.5 juta yg diterima itu juga digunakan utk kelangsungan hidup keluarganya.

Katanya, keluarganya sangat bersyukur menerima wang itu pada 29 November lalu seperti yg diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

“Wang ini saya akan gunakan sebaik mungkin utk kelangsungan hidup kami sekeluarga, dalam masa yg sama wang ini akan turut disumbangkan kepada masjid.

“Saya juga akan guna wang ini utk wakafkan sesuatu atas nama arwah. Kami sekeluarga akan lakukan yg terbaik utk anak-anak saya serta arwah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri berkata kerajaan sudah membayar ex-gratia berjumlah RM1.5 juta kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib pada 29 November 2021.

Katanya, kes kematian anggota bomba itu, kini sedang disiasat secara menyeluruh & telus serta diberikan pembelaan sewajarnya.

Mohd Kassim yg bekerja sebagai pesawah bagaimanapun tetap berharap kematian arwah anaknya dibela dengan siasatan yg telus.

Katanya, sehingga kini mereka sekeluarga masih menunggu hasil siasatan pihak berkuasa & berharap ia akan diteruskan sehingga penjenayah sebenar dibawa ke muka pengadilan.

Muhammad Adib yg juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba & Penyelamat (BBP) Subang Jaya mengalami cedera parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).

Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah yg dilakukan lebih dua atau tiga individu tdk diketahui.

SUMBER:HMETRO

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Gagal Kawal Emosi Ketika Jawab Soalan, Sifu Bisnes ‘Disekolahkan’ Oleh Netizen | Article Update

Seorang sifu bisnes terkemuka yg bertaraf jutawan & mempunyai ribuan pengikut telah ditegur oleh seorang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.