Home / Semasa / Tul4r k0nvoi kereta mewah sekat lebuh raya ini punc4nya

Tul4r k0nvoi kereta mewah sekat lebuh raya ini punc4nya

PETALING JAYA – Tindakan konvoi kereta mewah menghalang lalu lintas di sebuah lebuh raya mendapat kecaman pengguna media sosial.

Sebuah rakaman video berdurasi 22 saat memaparkan kejadian itu telah dirakam seorang pengguna TikTok sebelum dikongsi di Facebook Dash Cam Owner Malaysia.

Bagaimanapun, di mana lokasi kejadian itu berlaku tdk dinyatakan oleh pemilik video tersebut.

Menerusi ruang komen mendapati, orang ramai berang dengan tindakan pemandu-pemandu tersebut yg dianggap membahayakan pemandu lain.

Tindakan konvoi itu juga dikatakan menyebabkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya tersebut.

Bagaimanapun, ada sesetengah pengguna media sosial mendakwa, konvoi tersebut berbuat demikian k3rana mahu menyekat seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda yg dikatakan telah melanggar salah sebuah kenderaan mewah itu.

“Sportcar semua block (sekat) kenderaan 4X4 sebab mabuk lepastu langgar Lambo Aventador hijau, itu cerita sebenar,” kata Kimiyy.

“Ikut dari satu cerita, mereka terpaksa buat macam itu sebab pemandu 4X4 mabuk & langgar salah sebuah kereta. Mereka tak nak kemalangan & ada mangsa akibat sikap tak bertanggungjawab pemandu itu,” kata Aisya.

“Mabuk itu satu hal, geng yg menyemak di jalan pun satu hal. ‘Test power’ lah, konvoi sampai sekat laluan orang, ini yg kita nampak, yg tak nampak?,” soal Saliwa.

“Harap polis dapat tahan mereka. Kalau betul pemandu itu sebabkan kemalangan, jangan ambil tindakan sendiri,” kata Fareez.

Sumber:Kosmo

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Iklan Billboard Penuh Muka Founder Produk, Ini Yang Usahawan Patut Belajar Dengan Apple & Android | Article Update

Sekiranya anda berada di lebuhraya, pasti perasan pelbagai iklan terpampang di billboard tepi jalan. Ada …

Leave a Reply

Your email address will not be published.