Home / Semasa / 10 Orang Tercedera Selepas Pemandu HR-V Dipercayai Mabuk Rempuh Kenderaan Dan Kedai Makan

10 Orang Tercedera Selepas Pemandu HR-V Dipercayai Mabuk Rempuh Kenderaan Dan Kedai Makan

Orang ramai yang berada berhampiran sebuah kedai makan di Jalan Klang Lama pada malam semalam dirempuh oleh pemandu Honda HR-V yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol.

 

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, kemalangan itu berlaku pada 8.30 malam yang membabitkan tiga kenderaan, dua pejalan kaki dan lapan pelanggan restoran yang sedang makan.

 

“Ia dipercayai berlaku ketika lelaki yang berusia 57 tahun memandu SUV jenis Honda HR-V dari arah Petaling Jaya menghala ke pusat bandar.

 

“Sebaik tiba di lokasi, kenderaan itu hilang kawalan lalu melanggar Lexus 2.5 yang diparkir di bahu kiri jalan hingga menyebabkan kereta kereta itu bergerak dan melanggar pula Perodua Axia yang diletakkan di hadapannya.

 

“Perodua Axia itu kemudian melanggar lapan pelanggan yang sedang makan dan dua pejalan kaki,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

 

Memetik laporan Harian Metro, dua daripada 10 individu itu patah anggota badan dan semua yang tercedera dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Hasil saringan alkohol pula mendapati pemandu terbabit telah melebihi had ditetapkan dan suspek sudah ditahan dan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

Komisioner Sarifudin Mohd Salleh juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-20719999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran.

 

Kredit : Vocket

About admin2

Check Also

Gagal Kawal Emosi Ketika Jawab Soalan, Sifu Bisnes ‘Disekolahkan’ Oleh Netizen | Article Update

Seorang sifu bisnes terkemuka yg bertaraf jutawan & mempunyai ribuan pengikut telah ditegur oleh seorang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.