Home / Terkini / Berkat jual popiah, kembar OKU kini graduan landskap

Berkat jual popiah, kembar OKU kini graduan landskap

MERLIMAU 19 Mac – Kegigihan sepasang kembar Orang Kelainan Upaya (OKU) menjual popiah basah untuk menampung pengajian mereka di Kolej Komuniti Masjid Tanah membuahkan hasil apabila berjaya menggenggam sijil pada Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Melaka 2022, hari ini.

Abdul Rahman Mohd Jidin, 23 berkata dia dan adiknya Abdul Rahim,23 yang menetap di Kampung Pulau Semut, Masjid Tanah merupakan OKU lembam.

Katanya, dia mengakui apabila mengikuti pengajian dalam Sijil Asas Landskap sejak tahun 2019 bukan satu perjalanan yang mudah namun dia dan adiknya bijak membahagikan masa bagi memastikan perjalanan mereka bergelar sebagai pelajar berjalan lancar dan tidak mengganggu pengajian mereka.

“Sepanjang menuntut di kolej komuniti itu kami akan meluangkan masa lapang yang ada dengan mengambil pekerjaan tambahan termasuk menjual popiah basah bagi menampung pengajian kami.

“Ayah, Mohd. Jidin Sabudin meninggal akibat barah ketika kami berada di Tingkatan Dua, sejak itu kami adik-beradik belajar berdikari termasuklah mencari duit belanja sendiri.

“Hasil mengambil upah berniaga itu dapatlah kami menggunakannya untuk pengajian dengan purata lebih kurang RM200 sebulan diterima hasil daripada jualan popiah basah di sekitar pekan Masjid Tanah,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, menurutnya, mengamalkan nilai sikap kerjasama dan bersatu hati adalah pegangan kepada pasangan kembar itu untuk menerima segulung sijil dalam bidang pengurusan landskap biarpun terpaksa berulang-alik dari rumahnya ke kolej demi menuntut ilmu.

“Setiap hari kami datang dengan menaiki motor dan kadangkala ada juga orang tolong hantarkan.

“Pada hujung minggu atau pada sebelah petang setelah tamat kuliah sekitar jam 1 hingga 6 petang kami akan keluar menjual popiah basah atau pun pekerjaan sampingan lain untuk menambah pendapatan,” katanya.

Pasangan kembar itu antara pelajar pendidikan khas yang mengikuti program Sijil Asas Landskap (SAL) di Kolej Komuniti Masjid Tanah.

Program SAL yang dibuka itu merupakan pengajian ditawarkan buat para pelajar yang mengalami masalah pembelajaran (learning diasbilities) bagi memberi peluang melanjutkan pelajaran.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

About admin2

Check Also

Arab Saudi Benarkan Pemeg4ng Visa Pelancong Untuk Tun4i Umrah

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan bahawa sesiapa yang. memiliki visa pelancong dan visa …

Leave a Reply

Your email address will not be published.