Home / Semasa / “Boss You Kerja Jual Dadah Ke?” – Persepsi Bangsa Lain Terhadap Usahawan Melayu Yang Berjaya | MyBlog

“Boss You Kerja Jual Dadah Ke?” – Persepsi Bangsa Lain Terhadap Usahawan Melayu Yang Berjaya | MyBlog

Kadang-kadang, dah macam jadi klise pula, setiap kali ada usahawan berbangsa Melayu yg berjaya, mereka pasti dipandang serong, betul tak?

Sekali-sekala kalau mereka ni nak keluar jalan-jalan bawa Lamborghini ke, Ferrari ke, Mustang ke, mesti ada juga mulut yg sempat nak mengata.

Golongan yg dilabel sebagai ‘kayangan’ ini selalunya dikenali ramai & biasanya terdiri daripada pengasas produk kosmetik, influencer, artis, usahawan MLM, ejen insurans, bekas ahli politik, kakitangan kerajaan & macam-macam lagilah.

Bukan sahaja dari bangsa Melayu sendiri, bangsa lain pun sebenarnya ada juga yg sering pandang serong & mulut ‘boleh tahan’ juga.

Seperti satu hantaran yg dibuat oleh Pengasas Hannan Medispa, Dr. Mohd. Hannan Mohd. Yusof di laman Facebooknya ini, beliau telah berkongsi pengalamannya yg dipandang serong & rendah oleh jirannya sendiri pada satu ketika dahulu.

Beliau bagaimanapun tdk mudah melatah & lebih gemar mengambilnya dari sudut positif serta mengajak bangsa Melayu yg lain utk bangkit bersama.

Jom baca kisah menarik dari beliau ini.

Hannan Yusof

Dulu saya tinggal di kawasan perumahan, area orang Cina & Mat Saleh kat Malaysia. Sebab ap4 saya pilih area tu? Sebab saja nak tengok macam mana habit kaum lain. Nak belajar.
Ada satu cerita, tak tau nak cakap cerita ni kelakar ke sakit hati. Tapi ni memang cerita betul. Semoga jadi pengajaran kepada orang Melayu kita. Jangan nak terasa sangat.
Satu hari ketika driver saya tengah lap kereta saya kat depan rumah, jiran sebelah rumah saya datang borak-borak dengan driver saya. Saya masa tu ada kat dalam rumah, perasan je dia orang borak-borak kat porch rumah tu. Nampak driver saya gelak-gelak, apalah yg kelakar sangat.
On the way ke ofis dalam kereta, driver saya tanya saya nak dengar cerita kelakar tak? Saya ‘Ya’ kan jelah. Dia pun ceritalah ap4 yg pakcik jiran sebelah tu tanya driver saya. “ Boss you kerja jual dadah ke ?”
Driver saya cerita lagi. Driver saya tanya uncle tu sebab ap4 dia rasa saya jual dadah. Uncle tu cakap, boss you boleh duduk area sini, kereta asyik tukar-tukar sahaja, lepas tu pagi-pagi tak kerja. Pagi-pagi jogging sahaja. Kayuh basikal. Mana dapat duit uncle tu pelik…
Saya nak gelak pun ada. Saya pun pesanlah kat driver saya, next time orang tanya macam tu, kau cakap betul jelah. Memang saya jual dadah pun. Doktor dekat klinik memang kerja kita orang jual dadah. Ubat demam, selesema, batuk semua tu dadahlah tu. Uncle tu tak salah.
Tapi ada pengajaran penting dalam cerita ni, betapa orang Melayu dipandang rendah & serong di bumi kita sendiri. Nak marah Cina? Tak boleh juga sebab memang orang kita yg ramai jual dadah. Sama-samalah kita berubah. Sama-sama kita majukan orang Melayu.
Bila orang hina bangsa kita, kita tak perlu marah dia orang, tak perlu buat demonstrasi ke ap4. Bertumbuk dapat ap4? Kita majukan ekonomi kita. Kita upgrade bangsa kita. Jangan sampai Melayu mengemis di tanah sendiri. Jom kita bangkit, Insya-Allah.

Sumber & kredit foto: Facebook Hannan Yusof

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.