Home / Semasa / Bunyi Ketukan Disangka Tetamu Datang, Lelaki Terkejut Melihat Ular Tedung ‘Berdiri’ Depan Pintu Rumahnya

Bunyi Ketukan Disangka Tetamu Datang, Lelaki Terkejut Melihat Ular Tedung ‘Berdiri’ Depan Pintu Rumahnya

Antara perkara yang paling ditakuti oleh penghuni rumah adalah jika ada penceroboh atau haiwan yang tidak diingini menceroboh masuk ke kawasan rumah. Lagi-lagi jika haiwan itu adalah haiwan yang berbahaya terhadap manusia seperti seekor ular berbisa.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Zul berkongsikan pengalamannya yang menakutkan apabila rumahnya dikunjungi oleh tetamu yang tidak diundang. pada tahun 2020 dulu.

 

Menurut Zul, dia pada mulanya terdengar bunyi ketukan pada pintu rumahnya dan dia ingatkan ada orang yang datang.

Namun jangkaannya salah sama sekali apabila dia memeriksanya dan terkejut besar apabila melihat seekor ular tedung selar yang sangat besar di depan pintu rumahnya!

 

Ular tedung selar itu dilihat melingkar berhampiran kolam hiasan di depan rumahnya dan kelihatan ‘berdiri’ depan pintu.

“Allahuakbar. Dia suka sungguh duk tempat sejuk. Tak tau nak bagitau la kalau buka-buka pintu dia dok sila panggung tepi kita.”

 

“Duduk ketuk pintu rumah, ingatkan tetamu. Allahuakbar.. Mintak jauh la benda-benda macam ni.”

Situasi cemas tersebut akhirnya berjaya ditangani sebaik sahaja ular tedung itu berjaya ditangkap oleh pihak APM.

Orang ramai dinasihatkan agar segera menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan jika ada haiwan berbahaya seperti ular masuk ke kawasan rumah. Jangan ambil risiko untuk cuba menangkap atau menghalaunya tanpa bantuan orang lain yang pakar.

 

Kredit : Berita Tempatan

About admin2

Check Also

7 Sebab Kenapa Pusat Beli-Belah Di Cyberjaya Ini Gagal Tarik Pengunjung | Article Update

Menyedihkan apabila melihat sebuah pusat beli-belah yg terletak di Cyberjaya kini seakan-akan lengang & sunyi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.