Home / Semasa / Halang jalan kerana tak puas hati dilanggar Ford Ranger

Halang jalan kerana tak puas hati dilanggar Ford Ranger

TANGKAP layar kenderaan pacuan empat roda yang berlanggar dengan Lamborghini di Kilometer 34, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Sedenak, Kulai di Johor.

 

KULAI: Tindakan sekumpulan pemandu kereta mewah yang menghalang laluan di Lebuhraya Utara Selatan menghampiri susur keluar Sedenak, seperti yang tular adalah kerana berlaku perselisihan faham antara dua pihak.

 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, kejadian itu didapati disebabkan berlaku pelanggaran antara sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger dan sebuah Lamborghini.

 

Menurutnya, kejadian itu dipercayai berlaku di Kilometer 34 lebuh raya berkenaan pada pukul 6.10 petang, kelmarin.

 

“Pemandu Ford Ranger cuba memotong konvoi kenderaan Lamborghini secara zig zag sebelum berlanggar dengan salah sebuah kereta di dalam konvoi itu ketika cuba memasuki lorong kiri.

 

“Disebabkan pelanggaran itu, konvoi Lamborghini tidak berpuas hati dan menghentikan kenderaan di tengah-tengah lebuh raya sebelum berlaku perselisihan faham antara pemandu Ford Ranger dan kumpulan berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

 

Terdahulu, tular satu video berdurasi 1 minit 14 saat memaparkan pemandu Ford Ranger berkenaan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan berlaku pelanggaran dengan sebuah kenderaan daripada kumpulan konvoi tersebut.

 

Tambah beliau, siasatan mendapati Ford Ranger berkenaan dipandu seorang wanita berusia 28 tahun manakala kenderaan Lamborghini dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kredit – UTUSAN

About admin2

Check Also

Lagu ‘Ya Budu P’yan’ – Ramai Tak Sedar Maksud Liriknya Yang Agak ‘Tidak Elok’ Dinyanyikan | Article Update

Lagu berbahasa Rusia, Eta Lyubov nyanyian Amirchik semakin popular sejak kebelakangan ini apabila sering dijadikan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.