Home / Semasa / Jakim gesa dua kementerian ambil tind4kan video ‘Perempuan Itu’

Jakim gesa dua kementerian ambil tind4kan video ‘Perempuan Itu’

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah meminta dua kementerian utk mengambil tindakan tegas terhadap isu video sedutan drama ‘Perempuan Itu’ yg tular baru-baru ini.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil perhatian serius terhadap isu itu & menentang keras penyiaran program seumpamanya.

Beliau menjelaskan, program itu jelas mempamerkan perbuatan-perbuatan dilarang oleh Islam dengan aksi & adegan tdk bermoral yg melampaui batas serta bertentangan dengan norma masyarakat serta hukum syarak.

“Drama seumpama ini tdk wajar disiarkan pada bila-bila masa apatah lagi di bulan Ramadan.

“Jakim telah menyatakan pendirian & pandangan mengenai isu ini kepada pihak Kementerian Komunikasi & Multimedia, Kementerian Dalam Negeri & Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia supaya tindakan tegas dapat diambil segera,” katanya hari ini.

Pelakon Zul Ariffin pada Jumaat lalu menyiarkan sedutan babak panas lakonannya bersama pelakon baharu, Siti Hariesa.

Sedutan drama yg dimuat naik ke laman Instagram pelakon tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai yg menyifatkannya menyerupai babak dalam filem lucah.

Pada masa sama, menurut Hakimah, Jakim menggesa semua pihak sama ada stesen penyiaran, penerbit, penulis skrip & para pelakon agar lebih cakna & mengelak isu-isu seumpamanya

Sumber:Kosmo

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Gagal Kawal Emosi Ketika Jawab Soalan, Sifu Bisnes ‘Disekolahkan’ Oleh Netizen | Article Update

Seorang sifu bisnes terkemuka yg bertaraf jutawan & mempunyai ribuan pengikut telah ditegur oleh seorang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.