Home / Viral / ‘Jumpa mayat ketika hendak bergambar’

‘Jumpa mayat ketika hendak bergambar’

SEREMBAN: Hasrat seorang lelaki yang mahu mengambil gambar kenangan ketika berjoging, terbantut apabila terlihat wanita di kawasan gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mayat mangsa ditemui berseluar sukan berwarna hitam dan kemeja-T berwarna hitam itu tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, berkata lelaki terbabit memaklumkan penemuan mayat itu kepada renjer hutan yang sedang bertugas sebelum membuat laporan polis.

“Polis menerima makluman daripada anggota renjer hutan yang bertugas di kaunter Pejabat Jabatan Perhutanan Ulu Bendul, Kuala Pilah mengenai penemuan mayat itu pada jam 11.15 pagi di tepi Jalan Bukit Putus Lama.

“Renjer berkenaan memaklumkan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an mahu mengambil gambar ketika sedang berjoging dan ternampak mayat wanita dalam keadaan tertiarap di kawasan gaung di lokasi ,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nanda berkata, sepasukan anggota polis bersama Unit Forensik Kontinjen Negeri Sembilan dan Unit Anjing Pengesan (K9) serta bantuan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Senawang bergegas ke lokasi.

“Siasatan awal mendapati mayat ditemui di kawasan gaung di bawah jambatan. Lokasinya jauh dari kawasan perumahan dan sunyi.

“Unit K9 cuba mengesan bahan bukti tetapi tidak menjumpai sebarang kesan yang boleh membantu siasatan,” katanya.

Nanda berkata, wanita itu mempunyai ketinggian 1.4 meter, bertubuh agak kecil, berseluar sukan dan baju kameja-T berwarna hitam, tidak memakai barang kemas dan kuku pendek serta tidak diwarnakan.

“Siasatan awal forensik belum dapat memastikan punca kematian dan perkaitan dengan unsur jenayah juga belum dapat dipastikan. Punca kematian akan diperoleh apabila bedah siasat selesai di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban,” katanya.

Susulan penemuan mayat itu, Nanda meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga supaya tampil membuat membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

sumber: beritaharian

About admin2

Check Also

Meninggal Ketika Melahirkannya, Bayi 4 Bul4n Naik Pentas Wakili Arw4h Ibu Ambil Ijazah

Meninggal Ketika Melahirkannya, Bayi 4 Bulan Naik Pentas. Wakili Ibu Ambil Ijazah Kehilangan salah seorang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.