Home / Semasa / Pengeluaran KWSP – Tempoh Bekerja Yang Diperlukan Untuk ‘Bayar Semula’ Jumlah Yang Dikeluarkan | MyBlog

Pengeluaran KWSP – Tempoh Bekerja Yang Diperlukan Untuk ‘Bayar Semula’ Jumlah Yang Dikeluarkan | MyBlog

Minggu lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan mengenai kebenaran pengeluaran khas dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sejak itu, platform media sosial terus dibanjiri dengan pelbagai persoalan & permasalahan yg disuarakan oleh netizen.

BACA: Pengeluaran Simpanan KWSP – Betul Ke Akan Sebabkan Bank Susah Nak Bagi ‘Loan’ Pada Masa Akan Datang?

Masih ramai yg tdk pasti serta berada dalam dilema sama ada wajar atau tdk utk membuat lagi pengeluaran KWSP kali ini.

“POKET KAU, KAU DECIDE!” Itulah yg disarankan oleh Ir Abdul Rahman Bahasa dalam satu hantaran yg dibuat di Facebooknya.

Beliau turut berkongsi jadual yg boleh digunakan oleh orang ramai bagi melihat sendiri anggaran berapa lamakah masa bekerja yg diperlukan utk mengganti balik keseluruhan amaun yg telah dikeluarkan.

Ini termasuklah pengeluaran yg telah dibuat sebelum ini merangkumi i-Lestari, i-Citra, i-Sinar & RM10 ribu yg baru diumumkan tersebut.

Semoga hantaran beliau ini bermanfaat buat mereka yg masih dihimpit keraguan.

Pengeluaran KWSP

BERAPA LAMA KORANG KENA KERJA NAK COVER BALIK PENGELUARAN i-Lestari, i-Citra, i-Sinar & RM10K?

Tadi aku ada terbaca Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia kata yg lebih kurang bunyinya macam ni:

“Sesiapa yg dah keluarkan i-Lestari, i-Citra and i-Sinar hari tu, kena kerja lebih kurang 4 hingga 6 tahun kalau nak cover balik amount yg dah dikeluarkan”

Owh macam tu ke? Aku pun saja-sajalah buat kira-kira. Nak mengisi masa lapang dalam gua ni (yg tau je tau)..hahahaha😂😂

Aku nak tau gaklah…Kalau keluarkan lagi EPF RM10k lepas ni. Berapa lama lak nak kena kerja kalau nak cover total amount yg dah dikeluarkan?

Bila aku nak buat kira-kira. Mesti kena ada basis.

Basis aku….

Total yg dah dikeluarkan:

i-Leastari: RM500 x 12 bulan = RM6k

i-Citra: Max RM5k

i-Sinar: Keluar RM10k je

Khas: Max RM10k

Total: RM31k

Caruman ke EPF:

-13% daripada Majikan (Sebab gaji bawah RM5k)

-11% daripada Pekerja

Dividend rate utk akaun konvensional: 6.115% setahun (based on average data 10 tahun)

Dividend rate utk akaun syariah: 5.57% setahun (based on average data 5 tahun)

Kenaikan gaji tahunan? Tak diambil kira dalam pengiraan. Hahaha. Malas nak masukkan..Kang jadi makin complicated pulak😜

So, daripada pengiraan aku

Kalau siapa gaji Basic RM1.2k sekarang. Korang kena kerja 8 Tahun nak cover balik RM31k pengeluaran.

Gaji RM2.2k, 5 tahun

Gaji RM3.2K, 3 tahun

Gaji RM4.2k, 3 tahun jugak..

So, aku boleh simpulkan..Lebih kurang..Setiap kenaikan gaji RM1k, dapat pendekkan 2 tahun nak cover balik RM31k tu.

Contoh, kalau gaji RM5.2k, kena kerja 1 ke 2 tahun lebih kurang..

Mesti ada yg akan tanya “So, nak keluarkan RM10k ke tak?”

Dah banyak yg bagi komen & pendapat, kan..So, tak perlulah aku nak ulas lagi. Hahaha😆

Cuma satu je aku nak pesan. “POKET KAU, KAU DECIDE!” 😬

Sekian.

#IrARB

Sumber & kredit foto: Facebook Ir Abdul Rahman Bahasa

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Lagu ‘Ya Budu P’yan’ – Ramai Tak Sedar Maksud Liriknya Yang Agak ‘Tidak Elok’ Dinyanyikan | Article Update

Lagu berbahasa Rusia, Eta Lyubov nyanyian Amirchik semakin popular sejak kebelakangan ini apabila sering dijadikan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.