Home / Semasa / Polis Selangor Cari KakLong, Ini Komen Ketua Siasatan JSJ Terengganu Tentang Itu

Polis Selangor Cari KakLong, Ini Komen Ketua Siasatan JSJ Terengganu Tentang Itu

Polis Terengganu menyerahkan siasatan terhadap Wan Noor Baizura atau lebih popular dengan gelaran Kak Long Dungun kepada polis Selangor & akan memberikan bantuan sewajarnya sekiranya diperlukan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, sehingga kini pihaknya belum dihubungi polis Selangor bagi mendapatkan bantuan.

Beliau berkata, siasatan berhubung kes itu diserahkan kepada polis Selangor memandangkan pihak berkenaan sudah membuka kertas siasatan.

Menurutnya, ia susulan laporan daripada seorang individu yg tdk puas hati & berasa terhina dengan tindakan wanita terbabit membuat mimik muka seolah-olah memperlekehkan orang kurang upaya (OKU) menerusi satu hantaran video yg tersebar di laman sosial.

“(Polis) Selangor sudah melakukan siasatan kes berkenaan, jadi biarlah Selangor (polis) yg siasat.

“Walaupun Terengganu menerima laporan berhubung kes berkenaan, kita tdk mahu ada pertindihan dalam siasatan, biarlah Selangor yg meneruskan siasatan, kalau perlu bantuan, kita akan bantu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Video berdurasi 31 saat itu menyebabkan Wan Nor Baizura sekali lagi menerima kecaman hebat netizen selepas rakaman video perbuatan kecohnya di sebuah kedai serbaneka 24 jam tersebar di laman sosial sebelum itu.

Selain daripada laporan individu berusia 42 tahun yg juga OKU fizikal dari Taman Puchong Utama, Puchong, Selangor, laporan sama turut dibuat Persatuan Pembangunan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu (POKUAT) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Terengganu, Selasa lalu.

Menerusi laporan itu, POKUAT berharap Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat akaun media sosial wanita terbabit.

Sumber : HMETRO ONLINE

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Iklan Billboard Penuh Muka Founder Produk, Ini Yang Usahawan Patut Belajar Dengan Apple & Android | Article Update

Sekiranya anda berada di lebuhraya, pasti perasan pelbagai iklan terpampang di billboard tepi jalan. Ada …

Leave a Reply

Your email address will not be published.