Home / Makanan / Resepi Kailan Ikan Masin

Resepi Kailan Ikan Masin

KAILAN IKAN MASIN

 

BAHANNYA:-

5 pokok kailan ( dipotong berasingan bekas daun dan batangnya. Batang dipotong serong)

2 keping isi ikan tenggiri (masin atau jeruk)

2 ulas bawang putih ( diketuk dan dicincang)

1 labu bawang besar dihiris.

3 biji cili padi di tumbuk kasar @ 3 biji cili hidup ditumbuk kasar

sedikit minyak masak

sedikit air (jika perlukan sedikit kuah)

sedikit serbuk ‘Cukup Rasa’ jika suka

.

CARANYA:-

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga harum.

Masukkan isi ikan tenggiri jeruk dan goreng hingga masak isinya. Tekan2kan hingga hancur isi ikan tersebut dengan senduk dan buang tulangnya.

Masukkan cili dan serbuk ‘Cukup Rasa’ . Kacau rata dan jangan sampai cili hangit.

Segera masukkan batang kailan. Kacau sebentar hingga 1/2 masak baru masukkan daun kailan. Kacau sebentar hingga masak sepenuhnya dan hidangkan.

.

Selamat Mencuba!! dan Sila Comment ” Mohon Share ”

 

Kredit : Resepi Harian

About admin2

Check Also

Resepi Masak Lemak Cili Api Cendawan Kukur

RESEPI MASAK LEMAK CILI API CENDAWAN KUKUR Bahan2 2 cawan kulat sisir / kulat kukur …

Leave a Reply

Your email address will not be published.