MASAK LEMAK REBUNG
Bahan-bahannya :
Rebung yang sudah dihiris bulat
udang
serai *diketuk sebatang dan dihiris sebatang untuk dikisar
santan *Asingkan santan pekat dan cair
cili api *dikisar
kunyit *dikisar
halia *dikisar
bawang adik beradik (bawang merah dan putih) *dikisar
garam
Cara pembikinan :
Tumiskan kesemua bahan yang dikisar tadi sehingga masak dan nampak sedikit garing. Jangan hanggit pulak tau. Nape perlu garing sedikit? Supaya cili api tu betul-betul masak. kang tak pasal-pasal sakit perut bila makan.
Masukkan serai yang diketuk.
Masukkan santan pekat. Kacau, biarkan ia menggelegak sedikit.
Masukkan santan yang cair pula.
Masukkan rebung.
Masukkan garam.
Masukkan udang selepas rebung hampir masak. Udang jangan masak lama sangat.
Kredit : Resepi Harian