Home / Semasa / RM10,000 Dalam Akaun KWSP Akan Jadi RM57,434 Selepas 30 Tahun, Kata Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai

RM10,000 Dalam Akaun KWSP Akan Jadi RM57,434 Selepas 30 Tahun, Kata Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai

Kerajaan baru-baru ini meluluskan pengeluaran khas RM10,000 daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) utk meringankan beban kewangan yg dihadapi rakyat pasca pandemik serta bencana yg berlaku.

Wujud pelbagai pandangan termasuk ada pihak yg menyatakan bahawa tindakan itu akan mengganggu simpanan hari tua, tdk kurang juga yg menyambut baik keputusan berkenaan utk kelangsungan hidup.

Ikuti wawancara pakar ekonomi PROF EMERITUS DR BARJOYAI BARDAI bersama wartawan, MUHAMMAD SAUFI HASSAN.

Kesan positif kebenaran pengeluaran RM10,000 daripada akaun KWSP kepada pencarum berkenaan serta negara?

Dianggarkan, lebih 2.5 juta pencarum akan cuba mengeluarkan RM10,000 daripada caruman masing-masing.

Oleh itu, sebanyak RM25 bilion akan dikeluarkan & serta merta mewujudkan permintaan berkesan di pasaran.

Ia bukan sahaja akan meningkatkan permintaan terhadap input industri, malah antaranya peningkatan keyakinan peniaga utk melabur dalam fasiliti perkilangan, pengambilan pekerja baru serta peningkatan pengeluaran utk membina baki stok penimbal.

Semua ini akan mewujudkan kesan pengganda di dalam ekonomi bagi memacu pembangunan ekonomi yg sedang dalam proses pemulihan cepat.

Pada masa sama, wang RM10,000 ini pastinya dapat meringankan beban kewangan pencarum yg sedang dalam keadaan terdesak menghadapi masalah kewangan disebabkan kesan penutupan ekonomi & bencana alam (banjir) tempoh hari.

Cuma, tdk semua pencarum akan berpeluang membawa keluar wang k3rana ia bergantung kepada baki dalam caruman masing-masing.

Pengeluaran RM10,000, berapa tahun tempoh diperlukan utk amaun sama ini boleh ditambah semula ke dalam akaun KWSP?

Tempoh 12 tahun diperlukan utk mengganti jumlah RM10,000 yg diambil keluar.

Pada kadar pulangan enam peratus setahun, RM10,000 sepatutnya menjadi 17,908 selepas 10 tahun, menjadi RM32,071 selepas 20 tahun & menjadi RM57,434 selepas 30 tahun.

Begitu banyaknya kehilangan wang yg akan dialami RM7,908 utk 10 tahun, RM22,071 utk 20 tahun & RM 47,434 utk 30 tahun.

Memang ia tdk mungkin diganti.

Bagaimana KWSP mahu menambah semula jumlah berbilion ringgit yg dikeluarkan oleh pendeposit kali ini?

KWSP adalah sebuah institusi pengurusan pelaburan. Mereka akan menguruskan pelaburan tdk kira berapa banyak baki simpanan pencarum.

Kini, ada lebih RM1 trilion simpanan yg mereka (KWSP) uruskan.

Kalau RM25 hingga 30 bilion wang pelaburan dikeluarkan, ia tdk begitu menjejaskan prestasi & operasi mereka.

Apa yg merisaukan KWSP ialah keperluan utk menjual pelaburannya yg nilainya tdk menentu disebabkan pasaran saham & pelaburan yg tdk menentu & keperluan utk menjual saham misalnya, di saat menunggu pengumuman dividen syarikat yg mereka labur.

Kalau ini terpaksa berlaku, KWSP akan kehilangan dividen utk keseluruhan tahun pelaburan.

Misalnya, bila RM101 bilion dikeluarkan oleh pelabur di bawah i-Citra, i-Lestari & pengeluaran khas ini, KWSP kehilangan RM5.4 bilion dividen yg sepatutnya mereka terima daripada syarikat yg mereka labur.

Ini menyebabkan kadar dividen keseluruhan yg mereka isytiharkan berkurang sebanyak 0.6 peratus (6.1 peratus berbanding dengan 6.7 peratus).

Ini k3rana KWSP membayar dividen kepada pencarum berasaskan tempoh pelaburan sedangkan mereka menerima dividen daripada syarikat yg mereka labur berdasarkan pada sama ada mereka masih menjadi pemegang saham semasa dividen diisytiharkan.

Berapa peratus pencarum sebenarnya yg memang benar-benar memerlukan RM10,000 ini?

Sebenarnya, yg benar-benar memerlukan wang RM10,000 ini ialah kumpulan B60 yg kini sudah di dalam golongan 6.1 juta penyimpan yg kini mempunyai baki kurang daripada RM10,000.

Mereka ini mungkin tdk akan berupaya membawa keluar simpanan pun.

Apatah lagi ada penyimpan yg kini mempunyai baki kurang daripada RM1,000 seorang.

Namun, yg akan mendapat faedah daripada kelulusan ini ialah kumpulan yg mempunyai baki simpanan lebih daripada RM150,000.

Perbelanjaan keluarga pasti bertambah memandangkan sekolah sudah dibuka, Ramadan & Aidilfitri pula bakal menjelang. Cukup atau tdk RM10,000 itu?

Kemungkinan besar jumlah RM10,000 utk setiap keluarga ini tdk mencukupi.

Apa yg diperlukan ialah kebijaksanaan pencarum utk menentukan keutamaan perbelanjaan.

Jika boleh, belanja mana yg perlu & terdesak dahulu.

Tangguhkan perbelanjaan yg lain bagi memastikan pencarum tdk terjebak ke kancah yg lebih dalam dalam jangka masa pendek.

Ingatlah bahawa ramai juga pihak di luar sana yg mengambil kesempatan utk menggoda pencarum dengan skim cepat kaya (yg selalu dilihat sebagai jalan mudah menyelesaikan masalah kewangan).

Akhirnya pencarum akan terjebak. Menggunakan wang simpanan RM10,000 utk sambutan hari raya mungkin sesuatu yg patut dielakkan.

Ini kali terakhir simpanan KWSP dibenarkan utk dikeluarkan. Bagaimana jika ada lagi suara-suara yg mahu ia dikeluarkan buat kali ketiga. Setuju atau tdk?

Jika kerajaan serius utk menjadikan ini sebagai ambilan terakhir, kerajaan perlu meminda semula Akta KWSP yg kini membenarkan ambilan keluar sejak 2007 & diperkukuhkan lagi oleh kerajaan yg lepas dengan pindaan tambahan.

Jika kerajaan benar-benar serius utk menjadikan KWSP sebagai institusi perlindungan sosial utk kaum pekerja, pengeluaran tdk patut dibenarkan malah kumpulan pesara sepatutnya terus melaburkan baki wangnya selepas bersara & hidup dengan pencen di dalam bentuk keuntungan pelaburan ke atas baki simpanan mereka yg akan dibayar setiap bulan oleh KWSP.

Mahu guna utk keperluan terdesak atau hanya sekadar mahu guna utk ‘suka-suka’ bagi yg memiliki simpanan dalam amaun yg besar?

Ramai pencarum yg ingin mengeluarkan wang bukan k3rana terdesak, tetapi k3rana ingin merasakan hasil simpanan mereka sejak bekerja 10 hingga 20 tahun.

Jadi, walaupun mereka tdk begitu terdesak, mereka melihat inilah satu-satunya peluang utk merasa nikmat perit lelah menyimpan dengan KWSP.

Mereka memikirkan menunggu utk mencapai umur 60 tahun masih terlalu jauh & mungkin tak sempat pun jika mereka ditakdirkan meninggal dunia sebelum umur 60 tahun.

Mereka melihat simpanan di dalam KWSP adalah seperti simpanan bank yg biasa.

Ini dilihat sebagai perspektif jangka pendek yg hanya memikirkan kesenangan hari ini berbanding dengan matlamat perlindungan persaraan.

Mereka mempunyai prinsip hidup bahawa ‘Allah SWT menjanjikan rezeki kita di masa depan. Apa perlu risau sangat menabung hari ini utk hari tua’.

Amat susah utk memberi kefahaman tentang perspektif perancangan kewangan k3rana mereka memang tdk minat utk meninjau perspektif tersebut.

Sumber: Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini.Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yg menarik & menghiburkan di bawah ini yg dikongsikan seperti berikut

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Gagal Kawal Emosi Ketika Jawab Soalan, Sifu Bisnes ‘Disekolahkan’ Oleh Netizen | Article Update

Seorang sifu bisnes terkemuka yg bertaraf jutawan & mempunyai ribuan pengikut telah ditegur oleh seorang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.