Home / Semasa / Sering Digunakan Dalam Acara Besar Di Indonesia, Ini Fakta Menarik Kerjaya ‘Bomoh Hujan’ | MyBlog

Sering Digunakan Dalam Acara Besar Di Indonesia, Ini Fakta Menarik Kerjaya ‘Bomoh Hujan’ | MyBlog

Acara MotoGP Indonesia 2022 baru-baru ini menjadi tumpuan ramai dengan kehadiran pawang atau bomoh hujan.

Situasi itu bukan sahaja mengejutkan warga Indonesia, malah orang ramai seluruh dunia yg terkedu melihat kehadiran bomoh hujan. Ia didakwa membantu memulihkan cuaca agar perlumbaan dapat dijalankan selepas mengalami hujan yg lebat.

Menurut Rara Istiani Wulandari, bomoh hujan yg dipertanggungjawab utk ‘mengubah suai cuaca’ dalam acara besar itu, dia sudah terlibat sejak ujian pramusim.

Bagaimanapun, dia hanya mula ‘mengawasi’ Litar Mandalika sejak 1 Mac lalu. Malah katanya, dia diminta segera ‘memanggil’ hujan pada tempoh 9 Mac sehingga 11 Mac bagi membantu menyejukkan trek yg baru diturap semula.

Malahan, Rara dilaporkan menerima bayaran cukup lumayan iaitu hampir ratusan juta rupiah (RM300,000) sepanjang tempoh 21 hari bekerja.

‘Teknologi’ tradisional yg dipercayai berkesan dalam mengubah cuaca ini sudah biasa diamalkan dalam pelbagai acara di negara itu.

Dari acara peringkat kejiranan atau komuniti, Liga Kelas 1, pembukaan Sukan Asia sehingga kempen pilihan raya Jokowi turut mempunyai bomoh hujan bagi mengelak cuaca tdk diingini.

Berikut merupakan fakta menarik mengenai ‘kerjaya’ bomoh hujan.

Bomoh Hujan Amalan Biasa Di indonesia

1. Sebahagian besar masyarakat Indonesia masih mengamalkan kepercayaan yg dianggap mitos & kurafat pada masa kini.

2. Ketika menjalankan ritual, bomoh hujan sendiri tdk menghentikan hujan tetapi hanya ‘memindahkan atau menukar’ waktu hujan di lokasi lain.

3. Khidmat bomoh hujan biasanya diperlukan ketika mengadakan sesuatu acara atau upacara adat tertentu agar tdk turun hujan.

4. Bomoh hujan boleh melakukan ritualnya tanpa perlu hadir ke lokasi acara. Mereka yg menggunakan khidmat bomoh hujan perlu menjaga tingkah laku.

5. Ilmu diperturunkan dari generasi ke generasi.

6. Mereka yg mengakui tdk menggunakan ilmu hitam, melakukan ritual dengan bacaan doa & berzikir.

7. Kebanyakan pelanggan menggunakan khidmat bomoh hujan sebagai alternatif terakhir utk kelancaran acara mereka & jika hujan turun, mereka tdk memotong bayaran.

Namun begitu, kita sebagai seorang Islam dinasihatkan agar tdk terpengaruh dengan kepercayaan ritual seperti ini.

Upacara & amalan perbomohan dengan menggunakan objek tertentu adalah berlawanan dengan hukum syarak & haram di sisi Islam.

Itulah sedikit penjelasan mengenai bomoh hujan yg terdapat di Indonesia. Sebahagian masyarakat mungkin masih mempercayainya, namun sebahagiannya tdk lagi.

Sumber: Line Today, The Jakarta Post, Viva


Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Contoh Tradisi Budaya Buli Di SBP Yang Ramai Tidak Tahu Dan Tidak Diberitahu Oleh Anak Anda | Article Update

Sememangnya kes buli yg serius masih kerap dilaporkan berlaku di sekolah-sekolah asrama di Malaysia. Namun, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.