Home / Semasa / Setelah Tampil M0hon Maaf, Ini Tindakan Yang Akan Dilakukan Oleh Zul Ariffin Selepas Ini

Setelah Tampil M0hon Maaf, Ini Tindakan Yang Akan Dilakukan Oleh Zul Ariffin Selepas Ini

Pelakon berbakat besar, Zul Ariffin, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung isu klip video aksi ‘panas’ dalam drama Perempuan Itu yg tular di media sosial, baru-baru ini.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon filem Sangkar itu menerusi entri Instagram miliknya, sebentar tadi.

Menurut Zul, permohonan maaf itu dilakukan selepas menerima pelbagai reaksi ramai pihak mengenai adegan ‘panas’ yg dilakonkan bersama salah seorang pelakon wanita.

Jelasnya lagi, dia akan lebih berhati-hati & teliti dalam memuat naik sebarang bahan yg diberikan utk dipromosikan di media sosial, selepas ini.

“Dengan hati terbuka, saya mengambil maklum di atas semua respon dari banyak pihak berkenaan klip video yg dipaparkan sebelum ini.

“Saya memohon maaf kepada semua yg terkesan dari tindakan memuat naik video berkenaan.

Tindakan Yang Akan Dilakukan Oleh Zul Ariffin Selepas Ini

“Selepas ini saya akan lebih meneliti & berhati-hati utk memuat naik sebarang bahan yg diberikan kepada saya utk dipromosikan di media sosial,” katanya.

Baru-baru ini, Zul menerima kecaman warganet selepas dia memuat naik klip pendek yg memperlihat babak panas drama lakonannya itu, di IG miliknya.

Video itu memperlihatkan aksi Zul mendukung Siti Hariesa dianggap tdk sesuai utk tayangan masyarakat.

Walaupun klip tersebut sudah pun dipadamkan Zul, namun masih menjadi bahan bualan warganet.

Ramai ‘terbeliak mata’ tengok aksi panas Zul Ariffin

Nama aktor terkenal Zul Ariffin tiba-tiba tular & menjadi bahan bualan ramai apabila dia berkongsi sedutan babak panas lakonannya menerusi drama Perempuan Itu dalam Instagram semalam.

Video yg mencetuskan kemarahan ramai itu memaparkan beberapa babak aksi mengghairahkan lakonan pemilik nama penuh Zulkifli Ariffin, 36, bersama pelakon baharu, Siti Hariesa.

Antara babak yg membuatkan ramai netizen terkejut ialah aksi Zul mendukung Siti Hariesa seperti sedang berasmara tanpa berbaju. Lebih panas juga, apabila ada adegan Hariesa menyuap ‘whipping cream’ ke arah mulut Zul dengan gaya menghairahkan.

Disebabkan video tersebut juga, nama Zul turut sohor kini dalam Twitter.

Majoriti netizen meluahkan rasa kecewa & tdk menyokong tindakan pengarah termasuk pelakon tempatan yg bersetuju utk melakukan adegan panas terbabit.

Malah, ada juga yg kecewa video tersebut dikongsi pada hari Nisfu Syaaban & sebulan sebelum Ramadan menjelang.

Tidak kurang juga ada yg menyamakan babak tersebut sama dengan filem 50 Shades of Grey yg terkenal dengan aksi lcah.

“Daripada minat Zul, automatik jadi menyampah bila menonton video tersebut, jijik sungguh,” ciap seorang peminatnya.

“Sumpah menyesal lihat Instagram Zul. Industri seni Malaysia sudah rosak nampaknya,” luah seorang netizen yg kecewa.

Tinjauan Kosmo! Online mendapati video yg telah meraih lebih sejuta tontonan & 21,000 komen tersebut telah dipadamkan menerusi Instagram Zul.

Sebagai info, selain Zul & Siti Hariesa, Mimi Lana turut membintangi drama tersebut.

Sebelum ini, Zul pernah beberapa kali terpalit dengan kontroversi membabitkan aksi mesra dengan beberapa pelakon wanita termasuk Ruhainies.

Sumber: Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini.Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yg menarik & menghiburkan di bawah ini yg dikongsikan seperti berikut

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Contoh Tradisi Budaya Buli Di SBP Yang Ramai Tidak Tahu Dan Tidak Diberitahu Oleh Anak Anda | Article Update

Sememangnya kes buli yg serius masih kerap dilaporkan berlaku di sekolah-sekolah asrama di Malaysia. Namun, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.