Home / Semasa / 11 Perbezaan Amalan Dan Cara Hidup Di Antara Kaum Melayu Dan Cina Di Malaysia | MyBlog

11 Perbezaan Amalan Dan Cara Hidup Di Antara Kaum Melayu Dan Cina Di Malaysia | MyBlog

Keunikan Malaysia yg didiami oleh pelbagai kaum & agama sememangnya cukup istimewa & tdk dapat dipertikaikan lagi.

Walaupun terdapat perbezaan yg jelas & ketara, kemakmuran & keamanan masih dapat dinikmati hasil dari sikap toleransi & timbang rasa antara kaum.

Baru-baru ini, seorang pemuda berbangsa Cina telah memberikan pendapat peribadinya mengenai perbezaan corak kehidupan di antara kaum Melayu & Cina di Malaysia.

Antara perkara yg disentuh oleh beliau melibatkan hal-hal remeh & rutin seperti penggunaan langsir, pengubahsuaian kereta, cara menabung & sebagainya.

BACA: “Boss You Kerja Jual Dadah Ke?” – Persepsi Bangsa Lain Terhadap Usahawan Melayu Yang Berjaya

Perlu diingatkan bahawa, hantaran beliau di Facebook tersebut hanyalah bersifat pemerhatian secara peribadi sahaja & bukanlah kaji selidik sebenar.

Ikuti hantaran menarik yg dibuat oleh Tai Zee Kin berikut.

Tai Zee Kin

Inilah hasil pemerhatian peribadi saya mengenai perbezaan ketara antara Kaum Melayu & Kaum Cina dalam hal remeh rutin.

(p/s – Jangan panggil saya ‘min’. Ini FB peribadi saya, tiada min min yg kendalikan ya. Bukan page pun.)

(p/s 2 – Mohon memberi tafsiran yg paling jitu terhadap fasa ‘pemerhatian peribadi’. Yang kena “triggered” pastu nak soalkan metodologi/saiz sampel & lain-lain, mohon menyahkan trigger & utarakan ketidaksetujuan dalam cara yg bersopan. Ini kan laman peribadi orang lain. Kalau laman diri, silakan kalau mesti juga bercakap kasar atau kurang sopan – ambo tiada bantahan).

Langsir.

Cina – langsir rumah saya, adalah langsir yg sama sejak saya pindah ke Shah alam 6 ¹/2 tahun lalu. Cuci dua kali setahun. Langsir rumah saya di kampung Sungai Petani, adalah langsir yg sama sejak 25 tahun lalu. Selalu dicuci tapi tdk pernah tukar. Langsir rumah rakan Cina saya, setiap kali lawat, benda sama saja.

Melayu – tukar setiap 1-2 tahun.

Autogate. (Dari segi nisbah)

Rumah Cina, kalau dapat bonus etc atau duit lebihah mesti kami install autogate. Rail, buka etc. Nisbah rumah Cina dengan autogate adalah lebih tinggi daripada nisbah rumah Melayu autogate kalau disamakan faktor sepunya.

Rumah Melayu, walaupun kereta banyak, lebih banyak yg sanggup turun kereta buka pagar, masukkan kereta & tutup pagar secara manual.

Ubahsuai luar kereta. (Dari segi nisbah)

Cina secara amnya jarang ubahsuai kereta. Yang ubahsuai tu memang hanya segelintar yg cukup minat kereta.

Nisbah Melayu yg ubahsuai kereta – tambah skirting, tukar lampu etc adalah lebih tinggi daripada orang Cina.

Sekolah berasrama penuh

Cina jarang hantar anak-anak ke sekolah asrama penuh.

Melayu kebanyakan yg ada anak di SBP.

Rumah dulu atau kereta baru dulu.

Cina selalu pentingkan pembelian rumah pertama dahulu baru fikirkan kereta idaman.

Melayu lebih pentingkan kereta idaman dahulu daripada pembelian rumah pertama.

Membina keluarga

Cina – 1-2 anak.

Melayu – 3-4 anak. Rezeki.

Ansuran

Cina – ansuran biasanya utk kereta & rumah sahaja. Benda lain kalau diidam maka kena kumpul duit dulu.

Melayu – sekali masuk Court Mammoth, terus membuka mata saya. Harvey Norman pun sama.

Botor air

Cina – dari kecil bonda pastikan kami dilengkapi dengan botol air jenis ada tali sangkut leher. Siap ada tanda nama lagi. Akan dileteri kalau tak minum air.

Melayu – jarang ambil botor air.

Lantai

Cina – Parquet, Jubin, Marbel, Granite.

Melayu – Permaidani/Karpet.

Insurans

Cina – baru keluar kerja, topik perbincangan mamak. Life insurance ada? Medical card beli kat sape? Hospitalisation cover tak? Accident ada? Berapa sebulan? Syarikat ini cover tak?

Melayu – tunggu ada rezeki lebih baru beli takaful/insurans.

Cara menabung

Cina – dapat gaji, menabung 10-20% dulu baru rancang perbelanjaan.

Melayu – rancang perbelanjaan & belanja dulu, yg baki baru simpan.

Sekadar pemerhatian peribadi saya. Kalau terkhilaf saya memohon maaf ya.

Sumber & kredit foto: Facebook Tai Zee Kin

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.