Home / Viral / Bapa Kecewa Hak Anak OKU Dinafikan Selepas Peniaga Minta Alih Kereta Untuk Buka Gerai

Bapa Kecewa Hak Anak OKU Dinafikan Selepas Peniaga Minta Alih Kereta Untuk Buka Gerai

Isu penyalahgunaan tempat letak kereta Orang Kelainan Upaya (OKU) bukanlah sesuatu baru dan boleh dikatakan masih ada individu menafikan hak golongan OKU ini.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Isma Nizam Norahman telah berkongsi situasi mengecewakan yang dilaluinya di sebuah kompleks sukan di Klang pada Ahad lalu. Mana tidaknya, hak menggunakan tempat letak kereta OKU untuk anaknya diambil oleh peniaga jalanan untuk berniaga.

Menerusi perkongsiannya, ketika itu ramai orang di kompleks sukan tersebut dan tempat letak kereta untuk OKU juga penuh. Kemudian, dia ternampak satu kerusi diatas tapak tempat letak kereta OKU dan segera alihkannya, namun dia tiba-tiba didatangi oleh seorang individu yang memintanya untuk mengalihkan kenderaan sebab mahu jadikan tapak itu untuk berniaga.

Tambahnya, dia sudah memaklumkan bahawa anaknya OKU dan mahu menggunakan tempat letak kereta tersebut tetapi individu itu tetap bertegas mahu dia mengalihkan kenderaan.

Menurut laporan, kejadian seperti ini bukanlah pertama kali berlaku kepadanya cuma dia mula bersuara pada hari kejadian kerana dia membawa anaknya OKU bukalah berseorangan dan seperti yang diperkatakan tadi, parking OKU sudah penuh.

Lantaran itu, Isma mahu kempen berkaitan dan penguatkuasaan terus dipergiatkan oleh pihak berkuasa agar golongan OKU tidak terus ditindas. Malah, Isma berpesan kepada para peniaga dan orang ramai agar tidak melakukan perkara sedemikian.

Sementara itu, pasti masih ada individu tidak tahu siapa yang layak menggunakan parkir OKU, klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

About admin2

Check Also

Penghantar Mak4nan M4ut, Dilanggar Keret4 Di Lampu Isyarat

Seorang penghantar makanan maut dan seorang lagi penunggang motosikal .parah dalam satu kejadian kemalangan selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published.