Home / Semasa / Bekas penyerang Melaka, Azizan Baba meninggal dunia

Bekas penyerang Melaka, Azizan Baba meninggal dunia

UCAPAN takziah menerusi catatan Facebook MUFC. Foto Facebook MUFC

MELAKA 22 Mac – Bekas pemain bola sepak Melaka, Allahyarham Mohd Azizan Baba menghembuskan nafas terakhir pagi ini.

 

Perkara itu turut dikongsikan Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) menerusi laman Facebook.

 

Menurut kenyataan itu, Allahyarham pernah beraksi bersama beberapa pasukan Liga Malaysia termasuk Perak, Kuala Lumpur, Johor FC, Sarawak dan Pulau Pinang.

 

“Sepanjang kariernya arwah pernah beraksi bersama beberapa pasukan Liga Malaysia antaranya Perak, Kuala Lumpur, Johor FC, Sarawak, Pulau Pinang, SAMB FC termasuk bersama Melaka pada 2007, 2008 dan 2015.

 

“Arwah juga turut sempat bergelar jurulatih SAMB FC serta skuad pelapis Melaka pada 2019 dan 2020,” tulis kenyataan itu.

 

MUFC turut menzahirkan pemergian Allahyarham kehilangan besar kepada industri sukan bola sepak negara dan negeri.

 

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya.

 

Ketika hayatnya, Allahyarham menderita penyakit kanser paha sejak Ogos 2020 dan semalam menerusi catatan Facebook MUFC yang dikemas kini, Allahyarham dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka (HM).

 

Kredit : Melakahariini

About admin2

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.