Home / Semasa / Gaji Minimum RM1,500 – Ramai Tidak Sedar Kesan Domino Yang Akan Dialami Oleh Syarikat | MyBlog

Gaji Minimum RM1,500 – Ramai Tidak Sedar Kesan Domino Yang Akan Dialami Oleh Syarikat | MyBlog

Kerajaan telah meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan bermula 1 Mei ini di seluruh negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan gaji minimum itu bagaimanapun akan hanya membabitkan majikan syarikat besar & tdk membabitkan perusahaan mikro, kecil & sederhana (PMKS).

BACA: Persekutuan Majikan Malaysia Tak Setuju Pelaksanaan Gaji Minimum RM1,500 Buat Masa Sekarang

Langkah baik yg diputuskan oleh kerajaan tersebut amatlah dialu-alukan berikutan kos sara hidup rakyat yg kian meningkat kebelakangan ini.

Namun, disebalik perlaksanaan kadar gaji minimum tersebut, kesannya dikhuatiri akan memberi implikasi lain sehingga tdk mustahil akan berlaku pula kenaikan harga barang tdk lama lagi.

Inilah yg cuba disampaikan oleh Ir Abdul Rahman Bahasa menerusi satu hantaran yg dibuat di Facebook beliau mengenai kesan domino yg mungkin akan berlaku akibat dari pelaksanaan gaji minimum tersebut.

Ramai yg tdk sedar, namun situasi yg cuba beliau jelaskan ini memang dijangka akan berlaku & semua pihak haruslah bersedia utk menghadapinya.

Ir Abdul Rahman Bahasa

DOMINO EFFECT GAJI MINIMUM RM1,500

Kelmarin, PM umum gaji minimum RM1,500 akan dilaksanakan mulai 1 Mei 2022.

Extension ucapan PM masa perhimpunan parti tu juga menyatakan ia melibatkan company yg besar-besar je termasuk GLC. Company-company Perusahaan Mikro, Kecil & Sederhana (PMKS) akan ditangguhkan pelaksanaannya.

Huhu..bila aku dengar kata company besar ni. Aku dok terbayang carta organisasi from bottom to top. Secara generalnya, bolehlah digambarkan Organization Chart company-company besar macam kat bawah ni.

Bottom Layer

General Worker

Education: PMR/PT3

Gaji sekarang: RM1.2k.

Mid Bottom Layer

General Worker II

Education: SPM+Sijil Kemahiran

Gaji Sekarang: RM1.5k

Mid Layer

Non-Exec

Education: Diploma

Gaji Sekarang: RM1.7k – RM1.8k

Top Layer

Exec

Education: Degree and above

Gaji: Above RM2k

Pejam celik, pejam celik. 1 Mei pun tiba.

Boss panggil semua General Worker.

Boss: Seperti arahan gomen. Mulai bulan ni, gaji anda semua naik dari RM1.2k ke RM1.5k.

(Hoorraaay! General Worker semua senyum sampai ke telinga😊)

General Worker II dengar. Dia orang pun respond.

“Habis kami yg dah gaji RM1.5k ni macam mana? Tak naik ke?

Boss: Gaji kamu kan dah RM1.5k. Ni utk gaji yg bawah RM1.5k je.

General Worker II: Cam tu baik kami cari kerja lain je🙄

Boss: Eh, okey-okey. Kami naikkan gaji awak 10%. Gaji baru RM1,650.

(General Worker II pun senyum sampai ke telinga😊)

Geng Non-Exec pula dengar. Dia orang respond.

“Eh, geng sijil beza RM50 je dengan saya yg ada diploma ni? Baik saya kerja General Worker je. Tanggungjawab pun kurang sikit🤭”

Boss: Eh, okey-okey. Kami naikkan juga gaji kamu 10%. Gaji baru kamu, RM1,850.

(Non-Exec pun senyum juga😊)

Bila Executive Level budget meeting.

Finance Exec: Boss, cost overhead meningkat. Mana nak cekau modai ni? Bulan ni dah nak bayar gaji baru.

Boss: Kita kena tingkatkan efficiency collection payment dari buyer kita.

Account Exec: Alamak Boss! Payment term kita 60 days ni. Macam mana nak push buyer bayar? Confirm depa tak mau punya.

Boss: Huish! Macam tu kita kena tingkatkan sales!

Marketing Exec: Nak tingkatkan sales kena buat marketing kaw-kaw Boss. Kalau orang tak tau product kita, macam mana dia orang nak mai beli? Saya cadangkan up budget marketing 10%.

Finance Exec mencelah: Hang tak faham bahasa ka? Kan aku kata modai tak berapa nak ada. Nak bayar gaji pun semput ni. Nak minta naik budget marketing pula..Aku lempaq hang luar tingkap baru ada akai!😤

Boss: Hey…jangan gaduh-gaduh..Heart of our revenue is Sales. Kita tanya Sales Team kita.

Sales Exec: Apa susah. KITA NAIKKAN JE HARGA. Setakat naik sikit. Saya boleh jual lagi. Tapi kena padanlah dengan komisyennya. Nak juai lebih, komisyen pun kena lebihlah Boss..hehe😎✌🏻

Boss urut kepala…😖💆🏻‍♂️

The End.

Perkara paling susah adalah berkenaan pengurusan manusia.

So, good luck kepada Boss company-company besar.

Moga usaha anda dipermudahkan..

#IrARB

Sumber & kredit foto: Facebook Ir Abdul Rahman Bahasa

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Kisah Tragedi Gua Tham Luang Bikin Ramai Kaum Lelaki Nangis | Article Update

Kisah operasi menyelamat di Gua Tham Luang, Thailand pada tahun 2018 yg menggemparkan dunia sebelum …

Leave a Reply

Your email address will not be published.