Home / Semasa / Cara Jepun Main Psikologi Kanak-Kanak Supaya ‘Seronok’ Pergi Sekolah | MyBlog

Cara Jepun Main Psikologi Kanak-Kanak Supaya ‘Seronok’ Pergi Sekolah | MyBlog

Negara Jepun memang terkenal dengan amalan disiplin & budaya hidup mereka tersendiri yg sering dikagumi & menjadi ikutan.

Dari segi budaya kerja, pentadbiran negara, teknologi & inovasi sehinggalah asuhan & didikan kanak-kanak, banyak sudut positif yg boleh kita pinjam dari negara Jepun.

BACA: Terpaksa Naikkan Harga 2 Yen (8 Sen), Syarikat ‘Jajan’ Dari Jepun Ini Mohon Maaf Kerana ‘Malu’

Dalam bidang pendidikan misalnya, terdapat perbezaan yg ketara bagaimana orang Jepun menguruskan hari pertama sesi persekolahan kanak-kanak di sana dengan ap4 yg dilakukan di Malaysia.

Menurut satu hantaran yg dibuat oleh Zunita Ramli melalui akaun Facebooknya, orang Jepun banyak menggunakan psikologi bagi membantu kanak-kanak di sana supaya lebih seronok hadir ke sekolah.

Sejak hari pertama sesi persekolahan lagi, kanak-kanak di Jepun dididik secara psikologi agar mereka dapat membiasakan diri dengan suasana baru di sekolah.

Jom kita lihat ap4 sebenarnya perbezaan ini & boleh ke kalau kita nak amalkannya pula nanti di Malaysia?

Zunita Ramli

Semalam, Isnin, bermula sesi persekolahan tahun 2022  di Malaysia. Macam-macam gelagat dipaparkan. Tapi mungkin ada yg tertanya-tanya, macam mana pula suasana sesi persekolahan hari pertama di Jepun?

Di Jepun, sesi persekolahan lepas cuti panjang biasanya bermula pada hari Khamis. Ya, hari Khamis bukan Isnin.

Macam pelik kan, kenapa mula Khamis?

Kenapa tak Isnin?

Ikutkan nanti sekolah dua hari je, Khamis, Jumaat.. lepas tu Sabtu, Ahad dah cuti balik. Kalau mula Isnin sampai Jumaat tu, tak payah la basuh baju sekolah banyak kali kan?

Kenapa?

Haa.. Banyak sebab sebenarnya, tapi salah satu sebabnya adalah psikologi.

Secara psikologinya, lepas cuti panjang budak-budak biasanya “liat” & hilang momentum nak ke sekolah. Ye lah, cuti lama kan. Lagi-lagi bila terpaksa mulakan rutin baru, kena bangun awal pagi & sebagainya.. jadi nak kurangkan impak perubahan rutin baru tu, sekolah dimulakan pada hari Khamis. Bermakna, mereka sekolah dua hari je Khamis Jumaat lepas tu cuti. Kira macam nak bagi fasa perubahan murid dari cuti panjang ke sesi sekolah tu tak berapa drastik lah.

Lagi pula, sesi persekolahan Khamis & Jumaat tu pun biasanya sekolah separuh hari je. Waktu ni murid tak belajar pun, dia orang biasanya dibiarkan bermain & suai kenal dengan kawan-kawan baru, cikgu, & sebagainya. Jadi biasanya hari pertama persekolahan ni, budak memang suka lah sebab dapat main & jumpa kawan-kawan.

Bermakna, psikologi “seronok pergi sekolah” dah diterapkan dari hari pertama sesi persekolahan lagi, jadi tak ada isu lah utk pelajar ke sekolah bagi minggu seterusnya.

Selain tu utk pelajar baru Tahun Satu, biasanya mereka dah dijemput beberapa kali ke sekolah tu sebelum tu, bagi biasakan mereka dengan suasana kat sekolah baru tu nanti.

Contohnya pada Hari Sukan sekolah, pelajar yg akan bersekolah Darjah Satu di sekolah tersebut akan dijemput utk sertai Hari Sukan. Sekolah juga akan disediakan acara utk mereka sertai. Jadi bila ada aktiviti macam ni, mereka dah rasa tak asing dekat sekolah baru tu nanti. Sebab dah kenal kawan-kawan, dah tahu suasana sekolah macam mana & sebagainya.

Jadi saya kira secara psikologinya, budak-budak ni dah rasa seronok nak masuk Darjah Satu nanti. Sebab tu kalau tengok dekat Jepun, agak jarang budak Darjah Satu menangis masa hari pertama persekolahan.

Persediaan psikologi anak-anak utk ke sekolah, dah dibuat jauh lebih awal.

Nampak simple, tapi ia beri impak besar. Bila murid seronok ke sekolah, secara tak langsung akan kurang masalah ponteng, pelajar lebih fokus, semangat & sebagainya.

Begitulah.

#CatatanZunitaDiJepun

📸 shigatsu0926

Sumber & kredit foto: Facebook Zunita Ramli

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.