Home / Semasa / Hanya Ambil Masa 3 Tahun Untuk Capai Tahap ‘Unicorn’, Flash Express Kini Sudah Berada Di Malaysia! | MyBlog

Hanya Ambil Masa 3 Tahun Untuk Capai Tahap ‘Unicorn’, Flash Express Kini Sudah Berada Di Malaysia! | MyBlog

Perkembangan positif dalam bidang keusahawanan akhir-akhir ini menyaksikan beberapa syarikat ‘unicorn’ telah mula bertapak di Malaysia.

Syarikat ‘unicorn’ atau syarikat yg dibangunkan oleh usahawan pemula persendirian atau ‘startup’ yg mempunyai nilai lebih AS$1 bilion dari negara ASEAN juga dilihat semakin bertambah.

Terma ‘unicorn’ dipopularkan oleh Aileen Lee, pengasas Cowboy Ventures, iaitu firma pelaburan terkenal berpangkalan di California, Amerika Syarikat yg memberi dana kepada syarikat pemula.

Di Malaysia, MAVCAP atau Malaysia Venture Capital Management Berhad merupakan sebuah agensi modal teroka di bawah Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) yg menyediakan pembiayaan utk membawa syarikat pemula berkembang di peringkat antarabangsa.

MOSTI melalui MAVCAP turut menyasarkan lima syarikat ‘unicorn’ dapat dibangunkan usahawan pemula persendirian atau ‘startup’ dalam tempoh lima tahun akan datang.

Sebelum ini, Carsome Malaysia menjadi syarikat ‘unicorn’ pertama di Malaysia yg membuktikan negara turut mempunyai bakat muda yg hebat serta kreatif.

Contoh-contoh syarikat ‘unicorn’ yg lain dari ASEAN adalah seperti Ninja Van & Carousell (Singapura), J&T Express & Traveloka (Indonesia), Sky Mavis (Vietnam) & Flash Express (Thailand).

Khabarnya, Flash Express kini sudah pun berada di Malaysia. Ikuti bagaimana syarikat ‘unicorn’ dari Thailand ini dapat mencipta kejayaan dalam jangka masa singkat seperti yg ditulis oleh Faridzul Asyraf Mat Arifin di laman Facebooknya berikut.

Unicorn Malaysia

UNICORN PERTAMA THAILAND KINI DI MALAYSIA

2021 merupakan tahun gemilang untung ‘start up’ ASEAN. 12 ‘start up’ capai tahap ‘unicorn’ & Malaysia melalui Carsome pun turut capai tahap ini.

Tahap yg mana valuation syarikat bernilai lebih 1 bilion USD.

Tapi yg menjadi buah mulut antara ‘unicorn’ ini sudah pasti yg pertama di sesebuah negara & terpantas capai status ini – Flash Group.

Flash Group ‘unicorn’ pertama di Thailand & hanya ambil masa 3 tahun utk capai tahap ‘unicorn’!

Delivery

Pengasas Komsan Lee bersama dengan seorang bekas pekerja Alibaba, Di Weijie menubuhkan Flash Express yg mana menawarkan perkhidmatan penghantaran logistik kepada warga Thailand. Dengan bermodalkan wang sendiri mereka memulakan bisnes ini dengan tawaran “gila”.

Tawaran Gila

2018 mereka berjaya acquire big size utk delivery merchant dengan menawarkan harga tak masuk akal iaitu 25 baht. Ketika ramai syarikat yg lain tawarkan minimum 60 baht, mereka dengan dana yg besar permulaannya menawarkan harga cukup rendah.

Kesannya mereka berjaya menghantar lebih 50k parcel sehari pada tahun pertama.

Disebabkan penawaran hebat & bukan sekadar logistik mereka tawarkan – turut tawarkan ecommerce solution kepada merchant mereka pada tahun kedua mereka grow cukup pantas sehingga mampu menghantar 1 juta parcel sehari.

Dan pada tahun ketiga, 1-2 juta parcel sehari mampu mereka hantar!

Nombor 3

Walaupun baru operasi 3 tahun di Thailand, tapi mereka sudah berada di nombor 3 service penghantaran di Thailand. Faktor inilah banyak konglomerat & syarikat besar melabur kepada mereka pada tahun 2021 terkumpul mereka berjaya raised 400 juta USD & seterusnya menjadikan mereka ‘unicorn’ pertama Thailand.

Bukan sekadar murah

Kalau tanya saya faktor kenapa mereka begitu cepat mendapat market share bukan hanya sekadar murah. Kita tahu yg delivery ni sangat kritikal kalau cepat, kalau kita boleh dapat cepat barang kita, kita happy. Tapi kalau kena peram lama, mesti kita akan ubah perkhidmatan lain.

Sama juga dengan Flash Express, mereka janjikan bukan sekadar murah, tapi juga pantas. Dengan teknologi yg disokong oleh team Alibaba di China, mereka banyak guna automation dalam perkhidmatan mereka.

Cuba bayangkan mereka boleh sort 40k parcel dalam sejam di pusat distribution mereka sudah pasti winning big utk pemain industri ini.

Datang ke Malaysia

So kini Flash Express sudah berada di Malaysia. Mereka sedang merekrut besar-besaran team utk ambil market share di negara kita.

Kalau tanya saya, peluang begitu besar lagi di Malaysia sebab kita masih lagi tiada winning team yg dalam pos ni. J&T dengan problem dia, Pos Laju dengan problem dia, Ninja Van dengan problem dia. Jadi kemasukan Flash Express ni dengan dana yg besar akan merancakkan lagi industri penghantaran di Malaysia.

In the end, kita pelanggan yg menerima tempiasnya!

BACA: 3 Syarikat Yang Dahulunya Gah Namun Tersungkur Kerana Terlepas Peluang

Sumber & kredit foto: Facebook Faridzul Asyraf Mat Arifin

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.